Wafat Siti Khadijah Buat Nabi Muhammad Sedih Pada 11 Ramadhan

60339762 1090852054455349 8483432760407490560 N

Pengenalan

Khadijah binti Khuwailid (555 M – 619 M) adalah isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w. Khadijah merupakan anak kepada Khuwaylid ibn Asad dan Fatimah binti Za’idah dan termasuk dalam suku Banu Hashim.

Beliau merupakan isteri Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Di samping itu, kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah kandungannya.

Mas kahwin daripada Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 20 “bakrah” dan upacara perkahwinan diadakan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid kerana bapanya telah meninggal.

11 Ramadhan Hari Kesedihan Baginda Nabi Atas Kewafatan Siti Khadijah

Siti Khadijah wafat pada hari ke-11 bulan Ramadhan tahun ke-10 kenabian, tiga tahun sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah. Khadijah wafat dalam usia 65 tahun. Diriwayatkan, ketika Khadijah sakit menjelang ajal, Khadijah berkata kepada Rasululllah SAW,

Aku memohon maaf kepadamu, Ya Rasulullah, kalau aku sebagai isterimu belum berbakti kepadamu.

Jauh dari itu ya Khadijah. Engkau telah mendukung dawah Islam sepenuhnya, jawab Rasulullah

Kemudian Khadijah memanggil Fatimah Azzahra dan berbisik,

“Fatimah puteriku, aku yakin ajalku segera tiba, yang kutakutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, aku malu dan takut memintanya sendiri, agar beliau memberikan serbannya yang biasa untuk menerima wahyu agar dijadikan kain kafanku.”

Mendengar itu Rasulullah berkata,

“Wahai Khadijah, ALLAH menitipkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di syurga”.

Ummul mukminin, Siti Khadijah pun kemudian menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Rasulullah. Didakapnya isteri Beliau itu dengan perasaan pilu yang teramat sangat. Tumpahlah air mata mulia Beliau dan semua orang yang ada disitu.

Saat itu Malaikat Jibril turun dari langit dengan mengucap salam dan membawa lima kain kafan. Rasulullah menjawab salam Jibril dan kemudian bertanya,

Untuk siapa kain kafan itu, ya Jibril?

Kafan ini untuk Khadijah, untuk engkau ya Rasulullah, untuk Fatimah, Ali dan Hasan jawab Jibril. Jibril berhenti berkata dan kemudian menangis.

Rasulullah bertanya, Kenapa, ya Jibril?

Cucumu yang satu, Husain tidak memiliki kafan, dia akan dipenggal dan gugur syahid tanpa kafan dan tak dimandikan sahut Jibril.

Rasulullah berkata di dekat jasad Khadijah,

“Wahai Khadijah isteriku sayang, demi ALLAH, aku takkan pernah mendapatkan isteri sepertimu. Pengabdianmu kepada Islam dan diriku sungguh luar biasa. ALLAH maha mengetahui semua amalanmu.

“Semua hartamu kau infaqkan untuk Islam. Kaum muslimin pun ikut menikmatinya. Semua pakaian kaum muslimin dan pakaianku ini juga darimu.

“Namun begitu, mengapa permohonan terakhirmu kepadaku hanyalah selembar serban?”

Kesimpulan

Keperibadian Siti Khadijah amat dikagumi oleh kaum wanita. Beliau merupakan isteri yang banyak membantu perjuangan Nabi dalam menyebarkan agama Islam. Apatah lagi dalam urusan rumahtangga.

Rumahtangga yang dibangunkan bersama Siti Khadijah dipenuhi dengan pengorbanan dan perjuangan. Pada waktu tersebut, Baginda mengalami kesedihan yang sangat mendalam. Sehingga diriwayatkan bahawa kepergiannya dalam sejarah dicatat sebagai tahun duka cita Baginda Nabi.

“Duhai Siti Khadijah, engkaulah ansarullah, engkaulah waliyullah. Dengan asbab pengorbanan dan perjuanganmu, kami dapat rasai nikmat Islam sehingga kini. Tenanglah dikau disana. Syurga menantimu.” Al Fatihah…

Rujukan

Aswaja Online

Wikipedia : Khadijah Bt Khuwailid

Sumber

Kitab Al Busyro, yang ditulis Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliky al Hasani

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #11 Ramadhan #Siti Khadijah #Wafat Siti Khadijah Buat Nabi Muhammad Sedih

Amalan Sunat Di Bulan Ramadhan Yang Mudah Dilakukan
Menjelang Ramadhan, mereka menyibukkan diri dengan amal ibadah kerana Allah janjikan berlipat kali
Cara Mendapat Kasih Sayang Allah mengikut Al-Quran, Surah Al-Furqan:64
Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah teramatlah luas. Jika kamu diberi kefahaman dan dibukakan
Perkara Makhruh Puasa Yang Ramai Tak Tahu
Apabila kita berpuasa, kita mestilah mengharapkan puasa hari ini ebih baik daripada sebelumnya.
Nasihat Luqman Al-Hakim Yang Bijaksana Kepada Puteranya
Menurut Ibnu Kathir, Luqman Al-Hakim adalah seorang hamba yang soleh, kuat beribadat, mempunyai

Leave a reply "Wafat Siti Khadijah Buat Nabi Muhammad Sedih Pada 11 Ramadhan"