Rabu, 2 Januari 2019, adalah hari persekolahan pertama setelah murid-murid bercuti selama 1 bulan. Kebanyakan ibubapa menghantar anaknya sendiri ke sekolah pada hari ni. Lebih-lebih lagi bagi murid darjah 1, ini adalah hari pertama mereka menjejakkan kaki ke sekolah sebagai seorang pelajar.
“Pelbagai inisiatif yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah supaya murid yang datang ke sekolah gembira dan seronok ke sekolah.”
Menyambut anak-anak ke sekolah dengan paluan kompang menjadi tarikan ibubapa. Mereka menganggap bahawa kehadiran anak-anak mereka ke sekolah dialu-alukan dan sekolah bersedia menerima anak mereka dengan suka hati.
Kredit : SK Taman Seri Rampai, Kuala Lumpur
Ada juga sekolah yang menyediakan karakter kartun untuk menyambut anak mereka ke sekolah bagi menghilangkan rasa takut hari pertama ke sekolah. Gembira mereka sehinggakan ditarik karakter kartun tersebut untuk bersama-sama dalam kelas mereka sendiri.
kredit : SK Taman Scientex, Petaling Jaya
Begitulah keunikan-keunikan yang dibuat oleh sekolah untuk menarik minat pelajar ke sekolah. Semoga usaha gigih yang dibuat oleh cikgu-cikgu dan pihak sekolah, membuahkan hasil yang baik terhadap kemenjadian murid dan anak-anak.
Tags: #hari pertama #karakter kartun #paluan kompang #sekolah 2019 #sk taman scientex #sk taman seri rampai #spiderman