Ubat Wajib Perlu Ada Di Rumah

093101500 1483461330 Manfaat Kecerdasan Kinestetik Untuk Anak

Ubat-ubatan yang wajib anda simpan dirumah,asrama atau diatas kereta.

Antara tempat yang memerlukan kesabaran yang tinggi disebabkan waktu menunggu yang lama adalah JABATAN KECEMASAN hospital-hospital kerajaan yang tak pernah surut.

Antara punca utama yang menyebabkan kesesakan di Jabatan Kecemasan adalah apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan bagi perkara-perkara yang bukan kecemasan,yang mana rawatan boleh didapati di klinik-klinik kesihatan atau jabatan pesakit luar.Antaranya seperti:

  • Demam
  • Batuk
  • Selesema
  • Cirit-birit
  • Gatal-gatal badan
  • Muntah
  • Sakit perut
  • Pening
  • Sakit kepala dan pelbagai lagi.

Jadi,kali ini jom kita bicara serba sedikit berkenaan ubat-ubatan yang boleh disimpan dirumah sebagai ‘First aid kit’ ataupun boleh dibawa ketika ingin bermusafir agar kita tidak memenuhi jabatan kecemasan dengan kes-kes yang tidak sepatutnya.

“Berilah peluang kepada mereka yang betul-betul memerlukan rawatan kecemasan terutamanya mereka yang bertarung diantara hidup dan mati untuk mendapatkan tumpuan petugas kesihatan.” kata Dr.Asmi Syabil, Pegawai Perubatan Kecemasan.

Ini antara ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi berdekatan dan sering diberikan oleh para doktor untuk gejala-gejala seperti yang disebutkan di atas.

Ubatan yang wajib ada di rumah atau asrama atau ketika bermusafir:

  1. Paracetamol 500mg (Panadol)

    Yang ini rasanya semua kenal.Boleh diambil jika anda mengalami demam ataupun sebagai ubat tahan sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya.
    48324924 2929987910359970 1263802274400960512 NDos disyorkan : 2 biji(sekali makan) tiga kali sehari.
    Jangan melebihi 8 biji sehari

  2. Loratadine 10mg

    Ubat dalam kategori antihistamin.
    Dos disyorkan : 1 biji sekali sehari
    48389684 2929987937026634 8628267879491436544 N
    Sering digunakan untuk mengurangkan gejala alahan,gatal-gatal,mata berair atau bahasa mudah orang selalu cakap “resdung”.

  3. Chlorpeniramine 4mg (Piriton)

    Bagi yang kerap berjumpa doktor untuk gejala seperti selesema dan alahan mesti dah kenal dengan ubat ini.

    Ubat ini juga seperti Loratadine dalam kumpulan antihistamin dan digunakan untuk mengurangkan gejala yang sama.
    48376631 2929988007026627 4737358221797228544 N
    Dos disyorkan : 1 biji, 3 kali sehari.

    Ubat ini boleh menyebabkan rasa mengantuk,oleh itu jika anda rasa seperi mengalami kesan ini,elakkan memandu atau mengendalikan mesin bagi mereka yang bekerja.

  4. Diclofenac sodium 50 mg (Voltaren)

    48333228 2929988010359960 4699377254768050176 N

    Ubat tahan sakit atau radang.Ubat ini tergolong dalam kategori NSAIDs. Dos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari (bagi kesakitan berterusan) atau sebiji sekali apabila perlu.

    Sering digunakan untuk mengurangkan keradangan atau kesakitan yang tidak surut dengan menggunakan paracetamol.

    Untuk yang ada gout mesti dah kenal sebab antara ubat yang wajib makan apabila kena serangan gout.

    Elakkan pengambilan ubat ini ketika perut kosong atau bagi mereka yang ada gastritis.

  5. Metoclopramide HCl 10 mg (Maxolon)

    Ubat untuk gejala seperti loya dan muntah,juga digunakan untuk migraine.

    Untuk ibu-ibu mengandung yang mengalami gejala loya dan muntah di awal kehamilan juga selalu diberikan sebagai rawatan.

    Muntah disebabkan keracunan makanan juga boleh dikurangkan.
    48388075 2929988067026621 2330004407866884096 NDos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

  6. Buscopan 10mg

    Ubat untuk mengurangkan sakit perut terutama yang memulas-mulas atau kekejangan perut dan juga sakit batu karang.48365658 2929988267026601 4756700864712802304 NDos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.

  7. Ranitidine 150mg (Zantac)48402841 2929988257026602 2278709845378990080 NDos disyorkan : 1 biji 2 kali sehari.Selalu digunakan untuk mengurangkan rasa sakit perut terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah ulser perut,gastritis dan juga GERD.Bertindak untuk mengurangkan rembesan asid di dalam perut.
  8. Diphenoxylate + atropine sulphate (Lomotil)48361330 2929988397026588 761046051409887232 NDos disyorkan : 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.Ubat untuk mengurangkan gejala cirit-birit yang disebabkan keracunan makanan.
  9. Activated charcoal 250mg.48357113 2929988447026583 4927259243012161536 NDos disyorkan : 1 biji 3 kali sehariSama seperti Lomotil diatas,ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan cirit-birit.
  10. Oral Rehydration Salt (ORS)

    48407353 2929988537026574 860549023340167168 NDos disyorkan : 1 paket apabila perlu.

    Sepertimana yang kita ketahui,badan kita memerlukan garam galian seperti sodium dan potasium untuk berfungsi dengan baik.

    Dan garam galian ini boleh berkurangan akibat dehidrasi apabila kita mengalami cirit-birit yang berterusan.

    Oleh itu ORS ini sering dipreskripsi okeh para doktor untuk mereka yang mengalami cirit-birit bagi menggantikan kembali garam galian yang telah hilang daripada badan agar fungsi tubuh badan tidak terjejas.

  11. Mist magnesium trisilicate (MMT)

    Ubat ini sama fungsinya seperi Gaviscon yang selalu dilihat di kaca tv.
    Bertindak untuk mengurangkan pedih ulu hati (heartburn) akibat daripada ketidakhadaman.
    48323905 2929988543693240 7658964967047036928 NDos disyorkan : 15 ml 3 kali sehari.

    Sila ambil sebelum makan dan pastikan anda tidak menjamah apa-apa makanan atau minuman selama 15 minit selepas ubat ini diambil.

  12. Breacol – Cough syrup

    Yang ini memang semua orang kenal.
    Boleh ja beli dimana-mana farmasi hatta di 7-eleven daripada penat korang menunggu berjam-jam di jabatan kecemasan hanya disebabkan batuk.
  13. Ammeltz yoko yokoAtau kandungan utamanya methyl salicylate seperti krim LMS yang sering diberikan para doktor untuk mengurangkan ketegangan otot.Yang ini pun banyak dijual di luar dan sangat-sangat berguna untuk mengurangkan sakit-sakit otot atau lenguh-lenguh badan.Takkan nak ambil LMS pun korang nak melawat jabatan kecemasan pukul 1-2 pagi.
  14. Chloramphenicol eye drop.Boleh digunakan untuk jangkitan mata seperti conjunctivitis.Ala,yang selalu bangun-bangun tidur tu tetiba penuh tahi mata lepas tu mata pula rasa pedih dan berair.
  15. TermometerYang ini eloklah beli dan simpan satu di rumah untuk cek sendiri suhu badan kalian atau anak-anak samada demam atau tidak.Boleh didapati dengan pelbagai jenis dan bentuk dan kebanyakkannya mudah digunakan.Julat untuk suhu normal ada pelbagai mazhab.Tapi kebiasaan yang digunakan adalah:Suhu 38°C dan ke atas = demam
  16. Pregnancy test urine strip – ujian kehamilan.Sebab apa kalian kena simpan sekali benda ini di rumah terutamanya bagi pasangan-pasangan yang memang berhasrat mendapatkan cahaya mata?Sebab para doktor di jabatan kecemasan ni dah penat nak melayan pasangan-pasangan yang datang ke jabatan kecemasan semata-mata untuk confirmkan kehamilan mereka.Kalau dah kalian beli di farmasi dan buat di rumah tu positif,hamil lah tu.Tak payahlah nak datang melawat kecemasan hanya untuk double confirmation.Tak cemas pun.

    Kurangkan sikap pentingkan diri dan bagilah peluang kepada mereka yang benar-benar memerlukan rawatan ye.

Sila dapatkan nasihat doktor jika gejala(symptom) anda berterusan dan dapatkan rawatan dengan kadar segera apabila anda mengalami reaksi alahan terhadap ubat yang diambil.

Semoga bermanfaat untuk semua dan silakan berkongsi untuk kegunaan bersama.

 

Rujukan :

Dr.Asmi Syabil
Pegawai Perubatan Kecemasan

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Ubat Wajib Perlu Ada Di Rumah"