Bila tiba bulan Ramadhan, ramai orang akan jadi bingung memikirkan menu untuk sahur dan berbuka puasa. Apatah lagi jika dalam perancangan untuk turunkan berat badankan?
Jadi, dikongsikan disini beberapa tips pengambilan makanan yang boleh menurunkan berat badan anda secara tidak sedar dan hasilkan tenaga yang cukup untuk menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan.
Tips Buang Lemak Tanpa Senaman
Tips Pengambilan Diet Praktikal Sepanjang Ramadhan
1. Kalau nak kurus, pengambilan makanan dengan mengambil kira bmr unless. Jika anda terlalu gemuk 100 keatas, kena adjust sikit formula tu.
Bila bulan puasa, terdapat 2 atau 3 waktu untuk makan iaitu sahur , berbuka ataupun sahur, berbuka dan moreh.
Jadi, kita akan bahagi 3 bahagian (ambil contoh individu yg perlu kalori 1400 ).
-
- Sahur : 600 kalori
Contoh 1 (sahur) :
Nasi putih segenggam (200 kalori )
Ayam drumstick goreng tanpa kulit 2 ketul kecik dari kfc (300 +- kalori)
Kuah boleh ambil yang santan, ataupun kari sesenduk rata (50 kalori)
Sayur air/ulam segenggam (50 kalori).
Contoh 2 (sahur) :
Sahur juga boleh makan roti hijau wholemeal 3 keping (230-240 kalori) dalam roti tu, sumbat 3 scramble eggs sederhana ( kira 220 kalori kalau pakai minyak satu sudu teh) then, salad 2-3 keping (abaikan kalori) then mayonis 2 sudu teh (80 kalori) sos boleh letak 2-3 sudu makan (20-30 kalori).
Contoh 3 (sahur) :
Kalau rasa tak boleh tahan, boleh sumbat juga kebab yang beli dipasar (kalau kes sahur pagi tadi, semalam sebelumnya dah beli di bazar ) mintak beli kebab special lebihkan ayam, tak nak sos dan mayonis. Jadi, ada dalam 300+350 +- kalori (dengan syarat zero dressing) nanti balik tambah sendiri mayo 2 sudu teh (80) sos dlm 2-3 sudu (20-30) plus minum secawan susu fresh milk (150+-).
Contoh 4 (sahur) :
Oats dalam 6 sudu makan berbukit (ni kena gila gila bukit) = 280-300.
+ 2 sudu teh peanut butter sedikit berbukit (60 kalori) then, kalau ada casein/whey amik 1 skop (110-120) + susu fresh milk secawan ( 150 +-).
kalau xde whey protein..susu ambil 1 cawan setengah (220 +-).
2. Untuk berbuka ada balance 800 kalori. Jadi, boleh sumbat nasi kerabu/nasi lemak/nasi ayam/nasi kukus.
Contoh 1 : menu berbuka + moreh
Nasi kerabu dalam segenggam (200) + parut kepala budu semua (100) + ayam bakar kalau ada amek 2 part (buang kulit kalau kecik 100 kalori setiap satu seperti bahagian dada atau peha) kalau besar macam ayam kfc (150 setiap satu) part whole nasi kerabu ni kena pandai adjust.
Ada balance dalam around 300 kalori, boleh penuhkan lagi malam tu. Ambil secawan susu fresh (150+-) cecah roti wholemeal gardenia 2 keping (154).
Contoh 2 : menu berbuka + moreh
Kalau nasi lemak pula, nasi ambil segenggam (250). Lauk ayam goreng boleh. Ambil bahagian part dada ke segenggam (buang kulit) = 200@250 sambal 2 sudu teh (80). nkacang dan bilis tak payah dulu. So, malam tu ada balance 200 +-. Minum susu segelas (200-220 +-).
Contoh 3 : menu berbuka + moreh
Kalau nasi ayam pula, ambil nasi segenggam (300) + ayam 2 ketul buang kulit (ambil bahagian part whole leg = 300-350) + sos 2 sudu makan (20) kicap 2 sudu makan (20), sup 0 kalori. So ada balance 100 malam. Boleh minum setengah gelas susu (120 +-).
Contoh 4 : menu berbuka + sahur
Nasi kukus pulak boleh ambil segenggam (200) kuah kari sesenduk (50) ayam ambil bahagian 2 part (kita tukar drumstick 2 ketul tanpa kulit 340 untuk dua). Jadi, malam balance ada 200 +-, boleh ambil satay 5-6 cucuk tanpa kuah.
Tags: #berbuka #Diet Kalori #sahur #Tips Buang Lemak Tanpa Senaman #Tips Pengambilan Diet Praktikal Sepanjang Ramadhan