Tips Ketika Memberi Bantuan Kepada Gelandangan Atau Faqir Miskin

Jikjik

Terdapat pelbagai tips dan cara sesuai mengikut kemampuan kesesuaian semasa dalam memberi bantuan kepada gelandangan. Tips yang akan dikongsi ini bermanfaat juga bagi mereka yang ingin memberi bantuan kepada faqir miskin atau asnaf.

“Dan ingatlah bahawa, walau apa cara sekalipun yang digunakan, matlamat asalnya iaitu membantu mereka yang kurang mampu harus dinekadkan supaya bantuan itu benar-benar memberi kebahagiaan dan salaman.”

Tips Ketika Memberi Bantuan Kepada Gelandangan Atau Faqir Miskin

Bagi Individu, Ngo atau Badan Korporat yang benar-benar ingin membantu gelandangan dan faqir miskin, anda perlu tahu secara terperinci latar belakang individu atau keluarga yang akan dibantu.

Jadi, ikuti cadangan langkah-langkah mudah berikut untuk memberi bantuan kepada gelandangan dan faqir miskin.

  1. Kumpul data dan maklumat individu atau keluarga yang ingin dibantu. Yang perlu diketahuin adalah punca kemiskinan keluarga. Sebagai contoh, Hutang keliling pinggang akibat ditipu atau bisnes gagal, tidak boleh bekerja kerana sakit atau mengalami kecatatan kekal.
  2. Dapatkan maklumat status keluarga seperti pekerjaan, tanggungan, kos bulanan untuk menampung keperluan, yuran sekolah anak dan lain-lain.
  3. Apabila sudah memperolehi maklumat diatas, hulurkanlah bantuan mengikut kesesuaian dan keperluan mereka. Dengan cara itu, bantuan tersebut amat bermakna dan lebih membantu keluarga tersebut.
  4. Jika anda ingin mengeluarkan mereka daripada kancah gelandangan, anda boleh memberi kemahiran kepada mereka berdasarkan bidang yang mereka minat dan sebaiknya diperingkat pengenalan. Sebagai contoh, ada kalangan mereka berkemahiran membakar satay, jadi anda boleh sediakan modal atau booth untuk mereka berniaga.
  5. Dan paling penting adalah bahagian media/dokumentasi. Setiap perbualan dirakam dan gambar yang bermakna harus diperbanyakkan supaya gambar ini sebagai bahan bukti untuk anda mengumpul sumbangan orang ramai.

Jika anda ingin ketahui dengan lebih lanjut, boleh pergi ke Helping The Homeless untuk mendapat info lanjut yang menarik.

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #gelandangan #helping the homeless #homeless #Tips Ketika Memberi Bantuan Kepada Gelandangan Atau Faqir Miskin

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Tips Ketika Memberi Bantuan Kepada Gelandangan Atau Faqir Miskin"