Tips Buat Newbies Tentang Ikan Hiasan, Guppy Malaysia

2932899 Center 1

Pengenalan

Ikan hiasan merupakan antara satu industri yang sangat berpotensi tinggi untuk dimajukan.Malahan masyarakat Malaysia merupakan antara penggemar ikan hiasan. Ikan hiasan dianggap sebagai penyeri diruang rumah mahukan dijadikan sebagai aset penting seperti zoo dan pelancongan. Malaysia sangat berpotensi menjadi hub kepada ikan hiasan. Ikan Guppy adalah tidak asing bagi masyarakat Malaysia kerana corak dan kompilasi warna di badan ikan guppy seperti batik yang menjadi lambang warisan budaya melayu.

Menarik Tentang Ikan Hiasan-Guppy

  1. Ikan Guppy (Poecilia reticulata) merupakan salah satu ikan air tawar yang paling popular di Malaysia.
  2. Dibela sebagai ikan hiasan yang mudah dan tahan lasak.
  3. Guppy juga sebagai makanan ikan pemangsa seperti haruan dan arowana.
  4. Ikan Gupi berasal daripada Brazil, Guyana, Venezuela dan Kepulauan Caribbean.
  5. Ikan guppy mula-mulanya telah diperkenalkan di negara-negara Asia untuk mengawal populasi nyamuk terutamanya nyamuk aedes.
  6. Ikan Gupi yang jantan mempunyai tompok atau belang yang berwarna kuning, jingga, biru, merah , atau hitam (saiz antara 2-3cm) tetapi yang betina berwarna kelabu (saiz antara 2-7cm).
  7. Ikan Gupi jika dibela dalam keadaan kualiti air kurang baik berserta jika suhu air tiba-tiba naik atau turun akan mengakibatkan penurunan daya tahanan imunisasi terhadap infeksi bakteria merupakan salah satu punca kematian ikan gupi.
  8. Ikan Guppy boleh membiak dengan mudah secara beranak, bukan bertelur.
Guppy Fish Isolated On White Background

Guppy fish Isolated on white Background

Kompilasi Soalan Pemula (newbies) Tentang Ikan Hias Guppy

1. S: Adakah guppy memerlukan pengudaraan (oksigen) tambahan?

J: Tak perlu sekiranya bilangan ikan tidak banyak (nisbah bilangan ikan berbanding isipadu air adalah rendah)

2. S: Berapa bilangan strain guppy?

J: Tiada jumlah yang khusus kerana sentiasa ada strain yang baru dihasilkan.

3. S: Apa yang dimaksudkan sebagai Guppy Strain tulen?

J: Guppy strain tulen adalah yang guppy yang memiliki warna dan corak yang telah stabil secara genetik. Anak-anak yang dilahirkan oleh pasangan guppy strain tulen akan menyamai induknya.

4. S: Apa yang dimaksudkan sebagai Guppy Rojak?

J: Guppy rojak adalah guppy yang telah dipelihara secara bercampur-campur antara strain yang berlainan.

5. S: Apa beza guppy strain dan guppy rojak.

J: Guppy strain dapat menghasilkan anak yang mirip induknya manakala guppy rojak tidak.

6. S: Adakah guppy yang dijual di kedai akuarium itu adalah guppy strain?

J: Sesetengah guppy yang dijual di kedai akuarium adalah guppy strain, tetapi daripadan jenis yang rendah kualitinya.

7. S: Apakah sumber air yang sesuai untuk guppy?

J: Air paip yang dibekalkan oleh kerajaan yang telah diperam lebih 24jam.

8. S: Bagaimana cara membezakan jantina guppy?

J: Guppy jantan biasanya lebih cantik daripada guppy betina, bertubuh yang lebih kurus dan memiliki anal fin yang berbentuk tirus dibahagian bawah abdomen yang dipanggil Gonopodium.
Guppy betina pula bertubuh lebih besar dan memiliki tompok hitam di bahagian bawah abdomen yang dipanggil Gravid Spot.

9. S: Berapa lama hayat ikan guppy?

J: Menurut rekod, ikan guppy boleh hidup sehingga 2 tahun.

10. Fry ikan guppy perlu diberi makan atau tidak? Apakah makanan yang sesuai?

J: Fry guppy boleh diberi makan selepas beberapa jam ianya dilahirkan. Makanan yang sesuai ialah mikroorganisma kecil seperti artemia naupli atau micropellet hancur.

11. S: Adakah ibu guppy perlu diasingkan selepas melahirkan anak?

J: Ya, ini kerana guppy dewasa akan memakan anak guppy yang masih kecil.

12. ‎S: Apakah umur paling sesuai untuk ikan guppy mula membiak?

J: Ikan guppy matang secara seksual bermula umur 2 bulan. Namun waktu paling sesuai untuk dijadikan induk ialah antara 3-4 bulan.

13. S: Ikan guppy boleh dicampur dengn ikan apa di dalam akuarium.

J: Boleh rujuk gambar ini D1059a45bf60e61fcda71cdacef464ef

14. S: Apakah PH yang sesuai untuk guppy?

J: PH yang sesuai ialah PH neutral iaitu 6.5 – 7.5.

15. S: Berapa kali perlu beri fry guppy makan?

J: Beri sekerap yang mungkin. Minima 3kali sehari untuk tumbesaran yang sempurna. Jangan beri terlalu banyak agar tidak menjejaskan kualiti air.

Guppy Platinum Half Moon Dragon 0001

Rujukan

Kelab Guppy Malaysia

 


Carian Berkaitan
ikan guppy malaysia

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Guppy #Guppy Malaysia #Ikan Hias #Kelab Peminat Guppy #Newbies #Pemelihara Ikan Hias #Tips Buat Newbies Tentang Ikan Hias

Biodata Caprice Ariz, Penyanyi Rap Malaysia
Biodata Nama Penuh : Ariz Ramli Nama Popular : Caprice Asal : Damansara,
Makanan Ikan Arowana Bagi Cepat Besar
Ikan Arowana perlu diberi makanan dengan baik dan berkualiti agar ikan membesar dengan
Khasiat Lipan Bagi Arowana – Arowana Kebanggaan Malaysia
Lipan sejenis Venom yg berbahaya, dan kulit lipan ada Beta-Carotene (Proten) yang tinggi
Asas Pengenalan Jenis Arowana atau Kelisa ; Highback, Super Highback, Crossback, Malaysian Golden
Terdapat beberapa istilah yang perlu diketahui bagi pembela ikan Arowana. Ilmu ini perlu

Leave a reply "Tips Buat Newbies Tentang Ikan Hiasan, Guppy Malaysia"