1) Ajar anak tentang pola masa antara siang dan malam. Mungkin anda boleh menggunakan cara berbeza melalui penyediaan makanan (sarapan) dan makan malam dan terangkan kepada anak anda. Sebagai contoh, anda mungkin boleh berkata begini
“Sekarang ni kita makan malam yer.. Dah lepas makan malam ni, adik kena tidur. Siang waktu bermain, malam waktu untuk tidur pulak”
Sebut ulang-ulang kali, insyaAllah kelamaan anak anda akan faham apa maksud yang anda cuba sampaikan.
2) Seandainya anak anda telah menunjukkan keletihan dan tanda mahu tidur, terus baringkan di atas katil biarpun kemungkinan dia tidak akan terus tertidur.
“Jangan bertangguh dengan menyelesaikan kerja anda dahulu! Kerana mungkin anak anda akan mula terleka dan melakukan aktiviti lain. Anak dah lena, baru anda selesaikan tugas anda pula.”
3) Amalkan waktu tidur yang tetap dan mengikut rutin harian. Biasakan mereka tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari.
Bertegas dengan waktu tersebut yang telah anda tetapkan!
kredit foto : Techno.ID
4) Elakkan sebarang permainan ketika waktu tidur terutamanya gadget yang mungkin membuatkan mereka tambah leka dengan waktu tidur mereka. Begitu juga elakkan menonton televisyen sebelum tidur.
Kredit Foto : Rimanews
5) Berikan anak anda tidur sebentar pada waktu tengahari atau petang. Jangan terlalu lama kerana mungkin ia akan menyebabkan mereka sukar untuk tidur pada waktu malam pula.
6) Sediakan suasana bilik tidur yang selesa. Ransang mereka untuk sukakan waktu tidur dengan menyediakan kamar tidur yang selesa.
Foto Kredit: peimag.com
“mungkin anda boleh menambah sedikit aksesori atau lampu tidur yang bersesuaian. Pastikan tempat tidur anak anda kemas dan selesa.”
7) Pastikan perut anak anda kenyang terlebih dahulu sebelum tidur kerana perut yang lapar mungkin membuatkan tidur mereka terganggu.
Anda boleh menyediakan snek ringan yang berkhasiat untuk mereka pada waktu malam.
8) Pastikan anak anda tidur secara mengiring atau terlentang. Elakkan tidur secara meniarap kerana mungkin boleh menyebabkan kesukaran pernafasan.
9) Lakukan aktiviti pada waktu siang seperti bermain, berjalan ringan dan beriadah di taman. Keadaan ini membuatkan anak anda memahami waktu siang adalah waktu untuk bermain dan waktu malam adalah waktu tidur.
Kredit Foto : http://www.reddeer.ca
10) Ibubapa perlu ubah gaya hidup setelah mempunyai anak. Ibubapa perlu lebih mengutamakan anak daripada gaya hidup dahulu seperti keluar sehingga lewat malam, melepak dan membuat pertemuan dengan rakan-rakan.
Faktor gaya hidup anda yang menyebabkan waktu tidur yang tidak teratur ini, sekaligus boleh mengganggu tidur anak anda.