Tips Bantu Anak Mudah Belajar Melalui Gerak Mata

Ai 2

Musim persekolahan dah bermula, pasti ada ibu bapa yang sibuk mencari tadika, sekolah, tutor mahupun tuisyen yang terbaik untuk anak-anak.

Tak kisah habis beribu asalkan potensi minda anak dapat dicungkil secara maksimum dan berjaya dalam bidang diceburi.

Namun, langkah yang paling penting sebelum menghantar anak-anak mengikuti apa sahaja jenis pengajian ialah ibu bapa perlu tahu kecenderungan anak-anak dalam mendapatkan informasi di sekeliling mereka. Kecenderungan ini boleh dilihat seawal anak berusia setahun melalui gerak mata anak. Ya, hanya dengan melihat anak mata si anak, ibu bapa boleh mengenal cara anak mendapatkan maklumat dengan lebih berkesan.

Terdapat tiga jenis kecenderungan anak untuk mendapatkan maklumat iaitu:

  • Visual

  • Auditori

  • Kinestetik

PENTING bagi ibu bapa mengetahui kecenderungan anak bagi memastikan anak tidak terlalu stress dan bosan jika ibu bapa terlalu memaksa mereka untuk mengikuti pembelajaran yang tidak diminati oleh mereka.

1. Visual

Lazimnya, anak yang memiliki kecenderungan visual akan kerap mengerakkan  mata ke atas bagi tujuan melihat gambar. Selain itu mata akan naik ke atas kerana anak sedang membayangkan apa yang ingin diberitahu oleh mereka.

Visualheader 2

Kredit Foto : theblog.adobe

2. Auditori

Anak yang memliki kecenderungan auditori pula kerap menggerakkan mata di tengah dan meletakkan telinganya di tepi. Kebiasannya semasa kita bercakap dengan mereka, mereka tidak akan memandang kita dan mereka akan menelengkan sedikit kepala supaya boleh menangkap perkataan yang didengar.

Ai 2

Kredit Foto : Braindyanmics

3. Kinestetik

Kecenderungan kinestetik pula dapat dibahagikan kepada dua iaitu melalui rasa (emosi) serta melalui gerak badan. Lazimnya mata anak akan memandang ke bawah dan mereka akan bercakap lebih sedikit dan a bit slow. Mereka lebih banyak berinteraksi melalui pergerakan badan dan merasainya melalui perasaan.

093101500 1483461330 Manfaat Kecerdasan Kinestetik Untuk Anak

Kredit Foto : Klikdokter.com

Cara Mendidik Anak Mengikut Kecenderungan

Apabila ibu bapa sudah mengetahui cara anak mendapatkan informasi secara berkesan, kini ibu bapa bolehlah mengaplikasikan kaedah-kaedah yang sesuai untuk mengembangkan potensi anak.

  1. Visual

Ibu bapa perlu banyak menunjukkan gambar apabila ingin bercakap dengan anak. Anak-anak akan lebih mudah belajar daripada televisyen, video atau movie.

  2. Auditori

Ibu bapa jangan memarahi anak sekiranya anak tidak melihat mata kita semasa kita berinteraksi dengan mereka kerana mereka masih mendengar apa yang diberitahu. Ibu bapa boleh mempelbagaikan intonasi semasa menyampaikan informasi serta boleh bercakap secara berirama contohnya lagu atau mencipta nasyid untuk mendidik anak mengenal Tuhan.

  3. Kinestetik

Ibu bapa perlu memperbanyakkan aktiviti hands-on dan memberikan objek yang boleh digenggam dan dirasai oleh anak. Anak suka melihat sesuatu benda dan suka bergerak untuk melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan maklumat di sekeliling mereka

 

Kredit : FB IbuRose

Eezah Joe

Pendidik yang sukakan sesuatu kelainan

More Posts

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Tips Bantu Anak Mudah Belajar Melalui Gerak Mata"