Lokasi Foto : Cimb Bank, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur (12.00 a.m)
Sebelum anda hulurkan bantuan, anda dicadangkan membuat tinjauan awal terlebih dahulu agar bantuan yang diberikan benar-benar membantu mereka dan matlamatnya adalah mengeluarkan hidup mereka daripada kancah hidup di jalanan.
Tinjauan awal ini amat penting kerana kebanyakan mereka yang hidup gelandangan punyai sebab-sebab yang tersendiri. Ada yang tak memerlukan barangan dapur kerana tiada tempat untuk masak. Maka, anda perlu usahakan alatan kebersihan diri. Ada yang tidak perlukan makanan, maka anda perlu usahakan pakaian jika perlu. Ada juga dikalangan mereka berkemahiran berniaga, maka anda cuba bantu dari sudut barangan jualan.
Menurut sukarelawan daripada NGO Adam Youth Global dan Adam Charitable Foundation , mereka sentiasa membuat tinjauan pada waktu malam sekitar bandaraya KL, mencari geladangan yang punyai syarat tersebut untuk dibantu.
- Ibu tunggal yang sakit
- Ibu tunggal yang punyai anak kecil
- Ibubapa yang sakit serta punyai anak kecil/tanggungan melebihi 2 orang.
Cuba anda lihat disekeliling anda, jika ada kalangan mereka yang punyai syarat ini, ringankan tulang, hulurkan tangan membantu mereka. Kerana mereka(orang faqir) adalah orang yang dititiberatkan oleh Rasulullah.s.a.w.
Jika benar cinta kepada Rasulullah, maka cintailah jua orang yang dicintai olehNya.
Tags: #gelandangan #helping the homeless #homeless