Terdapat 3 tempat perlindungan Gelandangan yang telah beroperasi secara berdaftar. Walaupun tempat ini disediakan khas kepada gelandangan, namun ada syarat-syarat dan kes-kes tertentu sahaja boleh ditempatkan disini.
Mari kita kenali tempat yang dikatakan ‘syurga’ buat gelandangan di Ibu Kota.
- Pusat Transit Gelandangan (PTG), Kuala Lumpur
- Anjung Singgah, Yayasan Kebajikan Negara (YKN)
- Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku, Kuala Lumpur
Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL)
Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur telah dibangunkan sebagai salah satu inisiatif Kerajaan untuk membantu golongan gelandangan di sekitar ibu kota.
Lokasi :
Pusat Transit Gelandangan,
Lot 650, Jalan Pahang
Kuala Lumpur, Malaysia
Pusat ini dianggap sebagai one stop center for homeless yang mana boleh memuatkan seramai 250 orang gelandangan buat satu masa.
Penghuni disini adalah gelandangan yang mempunyai kerja dan khusus untuk lelaki sahaja.
Berdasarkan penjelasan pegawai bertugas, gelandangan disini hanya boleh menetap selama 3 bulan sahaja. Dalam tempoh 3 bulan ini, gelandangan perlu mempunyai kerja dan berusaha untuk membina kehidupan dengan mencari bilik sewa atau kembali pada pangkuan keluarga.
Cara Untuk Membantu Gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur
- Jika anda berada di area Kuala Lumpur, anda boleh pergi berjumpa dengan pegawai yang menjaga tempat tersebut. Jangan bimbang, kerana pegawai disana sentiasa ada bertugas dari Jam 6.00 pagi – 10.00 malam. Dan yang paling penting, pegawai tersebut sangat mengalu-alukan kedatangan para penyumbang.
- Jika anda berada jauh dari Bandaraya Kuala Lumpur atau tidak berkesempatan untuk berurusan di pejabat, anda boleh menghubungi pejabat melalui talian 019-232 6370 (PTGKL), atau mesej di FB PTGKL. Kelebihannya apabila anda pergi berjumpa dengan pegawai tersebut, anda boleh menilai sendiri kehidupan gelandangan tersebut dan boleh mengetahui dengan lebih terperinci jenis bantuan yang diperlukan disana.
- Berdasarkan temubual kami bersama pegawai bertugas, tempat ini mendapat % dana billboard daripada DBKL untuk kegunaan operasi dan penyelenggaraan pusat. Tetapi, untuk menampung kos makanan, PTG memerlukan dana dan sumbangan daripada orang persendirian dan NGO.
- Boleh membuat program bersifat motivasi, kerohanian, riadah/sukaneka dan yang paling mendapat sambutan adalah karaoke atau busking. Hiburankan mudah diterima oleh masyarakat. Betul tak?
- Booking tarikh untuk buat program selewatnya-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh program. Jika nak cancel atau tunda, maklum lebih awal agar pihak pengurusan dapat menggantikan dengan NGO atau penyumbang yang lain.
- Jika anda ingin menyumbang, tapi tak sempat nak memikirkan tentang procedure dan sebagainya, anda boleh hubungi NGO. Bagi kepercayaan kepada mereka untuk menguruskan sumbangan anda.
Antara NGO yang melaksanakan program gelandangan :
Moga usaha anda untuk membantu mereka menjadi asbab terlimpah kasih dan pandanganNya.
Tags: #gelandangan #homeless #pusat transit gelandangan