Tempat Perlindungan Gelandangan ; Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku, Kuala Lumpur

Eab95 Kwp252c2bdbkl252c2btenku2badnan252c2bnajib2brazak2b P2380094

Selain daripada Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL) dan Anjung Singgah, Yayasan Kebajikan Negara, terdapat sebuah lagi pusat tumpuan gelandangan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur iaitu Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku, Kuala Lumpur.

Pusat ini merupakan inisiatif dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dibina oleh Sinotech Modular Housing Co. Ltd. secara tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan tujuan memastikan golongan gelandangan dan kurang mampu mendapat bantuan dan perkhidmatan sewajarnya. Mudahnya untuk anda faham, pusat ini adalah dibawah seliaan DBKL.

Struktur bangunan menggunakan sistem Industrialised Building System (IBS) yang berkonsepkan pembinaan pasang siap.

Jika dikira tempoh masa pusat ini mula beroperasi, ia adalah lebih lama berbanding PTGKL dan Anjung Singgah (2014). Dulunya ia digelar sebagai Pusat Khidmat Sementara Gelandangan yang diwujudkan oleh kerajaan sebelum ini.

Kemudahan Yang Disediakan Di Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku Kuala Kuala Lumpur

Kemudahan yang disediakan disini tidak semewah Pusat Gelandangan yang lain. Disini tiada disediakan penginapan atau katil untuk gelandangan berehat.

Jadi, apakah kemudahan disini?

  1. Kemudahan tandas dan bilik air terdapat disini bagi gelandangan singgah untuk mandi atau menguruskan kebersihan diri apabila melalui kawasan itu.
  2. Bilik solat juga disediakan bagi gelandangan menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim.
  3. Yang paling menarik disini adalah disediakan suatu tempat yang selesa bagi pengedaran makanan percuma kepada gelandangan Ia dipanggil sebagai kabin agihan makanan. 63060 Kwp252c2bdbkl252c2btenku2badnan252c2bnajib2brazak2b P2380105
  4. Bilik -bilik kecil juga disediakan. Ada NGO menggunakan bilik tersebut sebagai aktiviti pendidikan bagi anak-anak gelandangan dan pemeriksaan kesihatan. Yang paling menarik adalah menyediakan servis menggunting rambut secara percuma kepada gelandangan.

Untuk makluman semua, sebarang aktiviti kepada gelandangan disini mestilah memohon kebenaran Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Cara Mudah Untuk Memberi Bantuan kepada Gelandangan Di Pusat Khidmat Gelandangan, Medan Tuanku, Kuala Lumpur

  1. Anda perlu mengenali lokasi pusat ini terlebih dahulu.  Jika berdekatan dengan rumah anda, Lagi mudah untuk berurusan dan ingatlah bahawa Allah datangkan kemudahan ini untuk anda membantu mereka.
  2. Jika anda perlukan lokasi untuk pergi kesana. Alamatnya adalah Pusat Transit Gelandangan, Lorong Medan Tuanku 2, 50300 Kuala Lumpur.
  3. Apabila anda tiba disini, anda perlu berjumpa pegawai yang bertanggungjawab terhadap tempat ini. Jangan bimbang! pegawai disini amat mengalu-alukan kedatangan anda untuk membangunkan tempat ini bagi membantu golongan gelandangan.
  4. Selain daripada anda berurusan di pusat itu, boleh juga pergi ke Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk perbincangan.
  5. Cadangan program yang dianjurkan disini adalah seperti
    • Pengagihan makanan secara percuma
    • Pemberian barangan keperluan harian secara percuma
    • Pengagihan set barangan kebersihan seperti sabun mandi, tuala, berus dan ubat gigi, shampoo dan tuala wanita.
    • Pemberian selimut
    • Servis potong rambut The Team Led By Lex Low Offering Free Hair Cuts
    • Pemeriksaan kesihatan secara percuma lebih-lebih lagi kepada gelandangan yang mencecah umur 40-an dan keatas. Bukan merawat, tetapi memberi kesedaran kepada mereka akan keperluan menjaga kesihatan. Kadang-kadang mereka tak ambil berat tentang kesihatan kerana mereka tidak tahu.
    • Program berbentuk kerohanian atau edukids sesuai dijalankan serentak ketika proses pembahagian makanan dijalankan agar jiwa mereka tidak kosong dan sentiasa bermotivasi untuk keluar daripada kancah gelandangan.50488613 10156002049168085 5730934133325037568 N
    • Busking semestinya amat sesuai kerana hiburan kebiasaannya diterima umum dengan mudah.
  6. Booking tarikh untuk buat program selewatnya-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh program. Jika nak cancel atau tunda, maklum lebih awal agar pihak pengurusan dapat memberi laluan kepada NGO lain untuk berprogram.
  7. Jika anda ingin menyumbang, tapi tak sempat nak memikirkan tentang procedure dan sebagainya, anda boleh hubungi NGO. Bagi kepercayaan kepada mereka untuk menguruskan sumbangan anda.
  8. Antara NGO yang melaksanakan program gelandangan :

Moga penulisan ini membantu anda untuk menggembirakan mereka yang berada dalam penderitaan.

“Berikan Kebahagiaan Di Sekelilingmu, Pastinya Kebahagiaan Akan Kembali Mengelilingimu”. AN@bisikan_jiwa

Rujukan :

Berita Harian Online

Pusat Gelandangan Medan Tuanku

Coconuts KL

jinggofoto

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #helping the homeless #homeless #Pusat Khidmat Gelandangan #Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku

Biodata Luqman Faiz, Penyanyi Lelaki Popular, Lagu Single Kepuraanmu
Biodata Nama Penuh : Luqman bin Abd Halim Faiz Nama Popular : Luqman
Biodata Andi Bernadee, Penyanyi Lelaki Popular, Lagu Single Donde
Biodata Nama Penuh : Andi Azrul Bin Andi Mapangile Nama Popular : Andi
Biodata Fieya Julia, Penyanyi Wanita Meletop, Single Perasaanku
Biodata Nama Penuh : Nur Syafiyah binti Sejali Nama Popular : Fieya Julia
Cara Buat Infusoria Yang Mudah Dan Jimat
Pengenalan Infusoria adalah istilah kolektif untuk makhluk akuatik seperti ciliates, euglenoids, protozoa, alga

Leave a reply "Tempat Perlindungan Gelandangan ; Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku, Kuala Lumpur"