Tempat Perlindungan Gelandangan ; Anjung Singgah, Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Kuala Lumpur

41466426860 AnjungSinggah

Anjung Singgah adalah satu tempat intervensi sosial  yang diwujudkan oleh Pihak Kerajaan di Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi membantu golongan gelandangan di seluruh negara.

Projek Anjung Singgah YKN dilaksanakan dengan sokongan pihak Kerajaan dalam usaha membantu golongan gelandangan bagi memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk hidup berdikari.

Anjung Singgah atau digelar oleh gelandangan ‘syurga” adalah pusat intervensi bagi mendidik mereka menempuhi cabaran hidup agar tidak  terpinggir daripada arus pembangunan negara.

Kredit video : Youtube Channel Liputan Kini

Kemudahan Yang Disediakan di Anjung Singgah, YKN

  1. Menyediakan asrama yang serba lengkap kepada gelandangan secara sementara bagi mereka yang ingin berubah keluar daripada hidup gelandangan.
  2. Makanan percuma sebanyak 3 kali sehari yang ditaja oleh orang perseorangan, syarikat korporat dan badan NGO.
  3. Set kebersihan diri seperti tuala, sabun, berus gigi dan ‘menstrual pad’. 
  4. Sesi kaunseling dan khidmat nasihat agar sentiasa berusaha membina kehidupan dan gigih bekerja. Kebanyakan daripada mereka dinasihatkan agar mula dengan berniaga secara kecil-kecilan.
  5. Kebanyakan gelandangan yang diterima masuk kesini adalah kalangan wanita dan punyai anak kecil.
  6. Hanya 2 minggu sahaja boleh menginap disini. Jadi, gelandangan perlu sentiasa bermotivasi untuk mencari pekerjaan.

Cara Mudah Untuk Membantu Gelandangan Di Anjung Singgah, Yayasan Kebajikan Negara, Kuala Lumpur

  1. Anjung Singgah terdapat di 4 buah negeri seluruh Malaysia. Anda perlu mengenal pasti lokasi Anjung Singgah yang terdekat dengan kediaman anda agar mudah untuk berurusan.
  2. Jika anda berada di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur, anda boleh pergi ke Anjung Singgah yang beralamat di No 28-32 Bangunan Ehsan Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur, Malaysia.
  3. Disini ada pegawai yang bertanggungjawab sepenuh masa menjaga tempat tersebut. Jangan bimbang, kerana pegawai disini sangat mengalu-alukan kedatangan para penyumbang.
  4. Jika anda berada jauh dari Bandaraya Kuala Lumpur atau tidak berkesempatan untuk berurusan di pejabat, anda boleh menghubungi pejabat melalui talian 03-20260264(Anjung Singgah, YKN KL), atau mesej di FB Anjung Singgah YKN. Kelebihan apabila anda pergi berjumpa dengan pegawai tersebut, anda boleh menilai sendiri kehidupan gelandangan tersebut dan boleh mengetahui dengan lebih terperinci jenis bantuan yang diperlukan disana.
  5. Berdasarkan temubual kami dengan pegawai bertugas, kebanyakan penghuni disini adalah wanita dan anak kecil yang tiada pekerjaan dan tempat tinggal. Jadi, barangan bantuan anda sebaiknya lebih kepada barang keperluan wanita dan anak kecil seperti ‘menstrual pad’, pampers dan alatan kebersihan diri.
  6. Boleh membuat program bersifat motivasi, kerohanian, riadah/sukaneka dan yang paling mendapat sambutan adalah berbentuk permainan bagi kanak-kanak dan busking. Hiburankan mudah diterima oleh masyarakat. Betul tak?
  7. Booking tarikh untuk buat program selewatnya-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh program. Jika nak cancel atau tunda, maklum lebih awal agar pihak pengurusan dapat memberi laluan kepada NGO lain untuk berprogram.
  8. Jika anda ingin menyumbang, tapi tak sempat nak memikirkan tentang procedure dan sebagainya, anda boleh hubungi NGO. Bagi kepercayaan kepada mereka untuk menguruskan sumbangan anda.

Antara NGO yang melaksanakan program gelandangan :

Lokasi Anjung Singgah YKN

Pada tahun 2019, ada beberapa tempat perlindungan yang telah diwujudkan di selkuruh negara. Berikut adalah lokasi Anjung singgah :

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Lokasi :

No 28-32 Bangunan Ehsan Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel : +603-2026 0264
Faks : +603-2026 1272

  • Kuching, Sarawak

Lokasi :

Yayasan Kebajikan Negara, Malaysi, Lot. 289, Lorong 9, Jalan Rubber, 93400 Kuching, Sarawak.

Tel : +6082-23 3098
Faks : +6082-23 1912

  • Johor Bahru, Johor

Lokasi : 

Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia, Bangunan MCA Johor, Jalan Sengget, 80000 Johor Baharu, Johor.

Tel : +607-221 3349
Faks : +607-221 3354

  • Georgetown, Pulau Pinang

Lokasi :

Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia, No. 53, Lebuh Chulia, 10200 Pulau Pinang.

Tel : +604-261 1530
Faks : +604-261 2911

Rujukan :

Anjung Singgah, YKN

 


Carian Berkaitan
Anjung singgah k lumpur

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Anjung Singgah #gelandangan #gelandangan Malaysia #helping the homeless #homeless #Yayasan Kebajikan Negara #YKN

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Tempat Perlindungan Gelandangan ; Anjung Singgah, Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Kuala Lumpur"