Teks Doa, Mesyuarat Agung PIBG Sekolah

59e81920f3829 Hikmah Baca Doa Belajar Saat Menuntut Ilmu 665 374

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa syukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru pada kali ini  . Kami juga memohon kehadhrat-Mu agar majlis ini berjalan dengan lancar .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa

Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami, demi membangunkan negara dalam menghadapi alaf baru . Kau berkatilah perhimpunan kami ini pada hari ini Ya Allah. Semoga ianya diterima sebagai satu perhimpunan yang hanya mengharapkan keredhaan dariMu.

Kau pandanglah kepada usaha kami yang kerdil ini, melalui wadah yang dinamakan (Nama Persatuan), sebagai satu usaha yang mulia di sisiMu.  Kau kurniakan persatuan ini dengan bimbingan yang berterusan Ya Allah.

Ya Allah Ya Fattahu Ya Alim,

Bantulah kami, bimbinglah kami untuk menjadi ahli-ahli yang taat kepada kepimpinannya. Ahli-ahli yang beramanah terhadap tanggungjawab yang diberikan.  Kau jadikanlah kami ahli-ahli yang  sentiasa berusaha ke arah kebaikan.

Kau permudahkanlah untuk kami terus menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Semoga segala usaha yang dijalankan meningkatkan kemenjadian murid dari segi rohani, akademik dan kokurikulum.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Engkau suburkan jiwa kami dengan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w. Engkau himpunkan kami bersama dengan Baginda Nabi di padang Mahsyar nnti dan dapat minum air telaga alkauthar.

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada bahaya dan keburukan.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Doa Rasmi #Doa Sekolah #Mesyuarat Agung PIBG Sekolah #Teks Doa

Solat Jemaah ; Kedudukan Seorang Makmum Wanita
SOALAN: Assalamualaikum ustaz. jika tidak mengganggu saya mohon penjelasan ustaz tentang posisi seorang
Latihan Kebakaran Dan Pengosongan Bangunan Di Sekolah – Peraturan Am,Jadual Pelaksanaan
JADUAL PELAKSANAAN LATIHAN KEBAKARAN DAN PENGOSONGAN BANGUNAN Tarikh/Hari Masa Perkara 21.10.2019 (ISNIN) 7.40
Doa Munajat Ramadhan : Versi Rumi
Doa Munajat Ramadhan Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat.
Adab Sambut Hari Raya Yang Mudah Di Ikuti
Hari Raya adalah hari kegembiraan dan hari kemenangan kepada seluruh ummat Islam kerana

Leave a reply "Teks Doa, Mesyuarat Agung PIBG Sekolah"