Teks Doa, Majlis Penutup Perkhemahan, Aktiviti Luar

59e81920f3829 Hikmah Baca Doa Belajar Saat Menuntut Ilmu 665 374

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa syukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada di Pusat Kokurikulum bagi perkhemahan Unit Beruniform selama 3 hari 2 malam pada kali ini. Kami juga memohon kehadhrat-Mu agar program ini berjalan dengan lancar sehingga ke akhirnya.

Yang Allah, Yang Maha Esa Lagi Perkasa

Kami berkumpul pada hari ini adalah ingin membuktikan kehambaan diri kami terhadap perintahMu. Berkatilah urusan muamalat kami disini. Limpahkanlah Sifat Ar-RazaqMu kepada kami agar kami sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakanMu. Cucurilah Sifat Rahman dan RahimMu kepada kami agar kami tiada lalai dalam sentiasa mengingatiMu.

Ya Allah, Ya Mudabbiral Amr,

Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Engkau suburkan jiwa kami dengan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w. Engkau himpunkan kami bersama dengan Baginda Nabi di padang Mahsyar nnti dan dapat minum air telaga alkauthar.

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada bahaya dan keburukan.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Aktiviti Luar #Majlis Penutup Perkhemahan #Teks Doa

Solat Jemaah ; Kedudukan Seorang Makmum Wanita
SOALAN: Assalamualaikum ustaz. jika tidak mengganggu saya mohon penjelasan ustaz tentang posisi seorang
Latihan Kebakaran Dan Pengosongan Bangunan Di Sekolah – Peraturan Am,Jadual Pelaksanaan
JADUAL PELAKSANAAN LATIHAN KEBAKARAN DAN PENGOSONGAN BANGUNAN Tarikh/Hari Masa Perkara 21.10.2019 (ISNIN) 7.40
Doa Munajat Ramadhan : Versi Rumi
Doa Munajat Ramadhan Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat.
Adab Sambut Hari Raya Yang Mudah Di Ikuti
Hari Raya adalah hari kegembiraan dan hari kemenangan kepada seluruh ummat Islam kerana
  1. Himpunan Doa, Majlis Rasmi Di Sekolah, Mudah dan Padat | PutihMelati.com7 months ago

    […] Teks Doa, Majlis Penutup Perkhemahan, Aktiviti Luar […]

    Reply

Leave a reply "Teks Doa, Majlis Penutup Perkhemahan, Aktiviti Luar"