بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menjayakan Majlis Pelantikan Pemimpin Kecil pada tahun ini. Sesungguhnya Ya Allah pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu ,
Ya Allah Ya Ghaffar
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat manusia yang berada di bumi Mu ini. lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.
Ya Allah Ya Sami’un ‘Alim
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha ini) anak-anak didik kami akan menjadi insan yang elok budi pekertinya dan indah akhlaknya. Engkau jadikanlah anak-anak didik ini menjadi seorang manusia cemerlang akademiknya, gemilang sahsiahnya dan terbilang agamanya. Mudah-mudahan mereka dapat berbakti untuk Negara dan agama-Mu Ya Allah
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram
Ya Allah , Ya Faliqul Habbi wan nawa ,
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Engkau suburkan jiwa kami dengan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w. Engkau himpunkan kami bersama dengan Baginda Nabi di padang Mahsyar nnti dan dapat minum air telaga alkauthar.
Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada bahaya dan keburukan.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
Tags: #Doa Sekolah #Majlis Pelantikan Pemimpin Kecil #Pengawas Pusat Sumber Sekolah #Pengawas Sekolah #Teks Doa