Teks Doa, Majlis Anugerah Cemerlang Di Sekolah

59e81920f3829 Hikmah Baca Doa Belajar Saat Menuntut Ilmu 665 374

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menjayakan Hari Anugerah Cemerlang pada tahun ini.  Sesungguhnya Ya Allah pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu ,

Ya Allah Ya Ghaffar

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat manusia yang berada di bumi Mu ini. lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.

Ya Allah Ya Sami’un ‘Alim

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha ini) anak-anak didik kami akan menjadi insan yang elok budi pekertinya dan indah akhlaknya. Engkau jadikanlah anak-anak didik ini menjadi seorang manusia  cemerlang akademiknya, gemilang sahsiahnya dan  terbilang agamanya. Mudah-mudahan mereka dapat berbakti untuk Negara dan agama-Mu Ya Allah

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram

Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada pagi ini, dapat melaksanakan segala kebajikan Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan . teguhkanlah iman kami,kuatkanlah hati kami. Kurniakanlah kepada kami hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu. Jauhilah kami dari segala laranganMu. Dekatkanlah kami dengan segala suruhanMu. Tanamlah rasa benci di hati kami kepada maksiat. Tanamlah rasa cinta di hati kami kepada ibadat. Agar ilmu yang kami pelajari selama ini mendapat berkat

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Engkau suburkan jiwa kami dengan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w. Engkau himpunkan kami bersama dengan Baginda Nabi di padang Mahsyar nnti dan dapat minum air telaga alkauthar.

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada bahaya dan keburukan.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Doa Mudah #Doa Sekolah #hari anugerah cemerlang #Teks Doa

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Teks Doa, Majlis Anugerah Cemerlang Di Sekolah"