بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,
Kami merafakkan rasa syukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada di Kejohanan Sukan dan Olahraga pada kali ini. Kami juga memohon kehadhrat-Mu agar kejohanan ini berjalan dengan lancar .
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa
Sesungguhnya Baginda Nabi Muhammad s.a.w. amat mementingkan kesihatan. Justeru itu, engkau permudahkan urusan kejohanan ini agar kami menjadi ummat yang sihat, menjadi contoh terbaik kepada masyarakat dan dapat beribadah kepadaMu dengan kesihatan dan kekuatan yang diberi olehMu jua.
Ya Allah, Ya Mudabbiral Amr,
Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Engkau suburkan jiwa kami dengan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w. Engkau himpunkan kami bersama dengan Baginda Nabi di padang Mahsyar nnti dan dapat minum air telaga alkauthar.
Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada bahaya dan keburukan.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
Carian Berkaitan
doa majlis sukanTags: #Hari Sukan #Hari Sukaneka #Kejohanan Sukan Dan Olahraga #Teks Doa