Teks Doa, Hari Karnival Kokurikulum, Hari Kantin, Hari Keusahawanan

59e81920f3829 Hikmah Baca Doa Belajar Saat Menuntut Ilmu 665 374

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa syukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada di Hari Kokurikulum Sekolah pada kali ini. Kami juga memohon kehadhrat-Mu agar program ini berjalan dengan lancar .

Yang Allah, Yang Maha Esa Lagi Perkasa

Kami berkumpul pada hari ini adalah ingin membuktikan kehambaan diri kami terhadap perintahMu. Berkatilah urusan muamalat kami hari ini. Limpahkanlah Sifat Ar-RazaqMu kepada kami agar kami sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakanMu.

Ya Allah, Ya Mudabbiral Amr,

Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Engkau suburkan jiwa kami dengan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w. Engkau himpunkan kami bersama dengan Baginda Nabi di padang Mahsyar nnti dan dapat minum air telaga alkauthar.

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada bahaya dan keburukan.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Hari Kantin #Hari Karnival Kokurikulum #Hari Keusahawanan #Teks Doa

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Teks Doa, Hari Karnival Kokurikulum, Hari Kantin, Hari Keusahawanan"