Kesejahteraan & kemakmuran natijah dari Akhlaq Mulia,
Akhlaq Mulia natijah dari pembuktian Cinta & Kebahagiaan,
Cinta & Kebahagiaan natijah dari kefakiran,
Kefakiran natijah dari hilang rasa wujud diri,
Hilang rasa wujud diri natijah dari Tauhid Hakiki,
Tauhid Hakiki natijah dari Cahaya Pertunjuk Baginda Rasulullah.
Nota :
Kefakiran – pengabdian dan pergantungan yang benar kepada Allah dalam segala perkara dan urusan.
Rasa wujud diri ialah :-
- Rasa ada keupayaan mengawal hidup sendiri
- Rasa ada keupayaan sendiri untuk melakukan sesuatu.
- Rasa memiliki nafas, kudrat, kehendak, ilmu, dan segala perkara dalam hidup secara mutlak.
- Rasa boleh buat apa sahaja mengikut kemahuan sendiri dengan nafas serta anggota badan.
- rasa memiliki kuasa, pangkat, harta, anak pinak secara mutlak.
Ini adalah kepentingan untuk mendapat bimbingan.