Tasik Kenyir : Aktiviti Menarik Yang Popular Dilakukan

56706266 365352607404856 6023451071521751040 N

Pengenalan

Tasik Kenyir terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 260 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil. Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri.

Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Tasik Kenyir juga termasuk dalam 10 lokasi pelancongan alami popular di Malaysia.

Pakej Tasik Kenyir3 1

Menarik Tentang Tasik Kenyir

  1. Tasik Kenyir mula dibina pada tahun 1985 dan siap dibina pada 1988 sebagai empangan.
  2. Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Gunung dan bukit disekitarnya adalah dinding takungan air untuk dijadikan empangan.
  3. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini.
  4. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya ialah petani.
  5. Tasik Kenyir juga tidak terkecuali telah menjadi salah satu tempat pelancongan di negeri Terengganu.
  6. Tasik Kenyir terletak di Hulu Terengganu, kira-kira 60 KM dari bandar Kuala Terengganu.
  7. Terdapat 14 air terjun dan antara air terjun yang pasti menggamit hati pengunjung ialah air terjun lansir, Petuang Rapid, Tembat, Lata Terap, Air Terjun Soak, Petang dan Sungai Buweh.
  8. Terdapat dua buah gua sekitar tasik kenyir iaitu Gua Bewah & Gua Taat. Gua-gua ini merupakan gua yang penuh dengan bahan-bahan sejarah.
  9. Tasik Kenyir juga popular dengan kisah mistik alam melayu.

Aktiviti Menarik Yang Popular Dilakukan Di Tasik Kenyir, Terengganu

  1. Houseboat (Rumah bot)Pakej Tasik Kenyir 1
    Bagi yang tidak pernah sampai Tasik Kenyir, di sini ada banyak houseboat yang boleh disewa sama ada 2 hari 1 malam atau 3 hari 2 malam.
    Pelbagai pakej houseboat boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Ramai yang memilih untuk menginap di houseboat untuk aktiviti santai bersama keluarga, trip company, trip para guru dan pelajar universiti dan peminat ikan kelah. 
  2. BerkayakTasik Kenyir 11
    Berkayak juga suatu aktiviti menarik disini. Harga yang perlu dibayar sangatlah murah iaitu kira-kira RM5-RM10 mengikut jenis kayak. Dengan harga semurah itu, pengunjung dapat berkayak selama mana yang mereka mahu.
  3. Berkhemah 
    Pengalaman tidur di dalam khemah di tepi sungai, tidur di dalam hutan tebal bersama-sama binatang-binatang berkeliaran dan bunyi unggas memang hebat. Malah jika lokasi yang dipilih adalah dikawasan yang strategik, anda mungkin boleh menangkap ikan sendiri, bakar ikan sendiri dan makan sendiri.
    Kalau anda salah seorang yang suka aktiviti seperti ini maka adalah satu pilihan wajib untuk anda pergi berkhemah di Tapak Perkhemahan Gunung Lawit, Pengkalan Gai, Pulau Poh, Tanjung Bewah, Saok, Lasir dan Pulau Petang. Ya, banyak pilihan dengan pengalaman yang berbeza-beza.
  4. Memancing
    DSC 6427Merupakan aktiviti wajib bila sampai ke Tasik Kenyir lebih-lebih lagi bagi yang sememangnya kaki pancing. Kaki pancing yang ke sini biasanya lebih tahu lubuk yang ingin dituju. Tasik Kenyir sememangnya dikenali sebagai syurga memancing bagi kaki pancing. Spesis ikan air tawar seperti toman dan kelisa adalah antara jenis ikan air tawar yang paling banyak di sini.
    Apa yang menyeronokkan adalah pemancing boleh menyewa bot rumah (houseboat) yang akan menyusuri sungai sampai ke air terjun. Selepas memancing, boleh mandi di air terjun dan berBBQ.
  5. Air Terjun Lasir
    Tasik Kenyir bukan sekadar mempunyai tasik, tapi dekat sana ada 14 air terjun. Antara air terjun yang paling popular ialah Air Terjun Lasir, Air Terjun Tembat, Air Terjun Saok, Air Terjun Sungai Buweh, dan Jeram Lata Terap.
    Air Terjun Lasir mempunyai air terjun setinggi 500 kaki atau 150 meter serta bertingkat-tingkat. Selain air terjun tertinggi ini, Air Terjun Lasir juga merupakan antara yang tercantik dan sesuai untuk mandi-manda. Tarikan Air Terjun Lasir ditambah dengan Menara tinjau dan jambatan gantung.
    Untuk ke tempat air terjun, anda hanya perlu ke Pengkalan Gawi dan menyewa bot dari situ.
  6. Air Terjun Saok 
    Seperti Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok pun tak kurang hebatnya. Tempat ni juga sangat seronok untuk bermandi manda. Lokasinya lebih dekat berbanding Air Terjun Lasir yang jaraknya kira-kira 8km atau 15 minit dari Pengkalan Gawi dengan menaiki bot. Jika inginkan menjimatkan kos bot, korang dinasihatkan pergi secara berkumpulan, di mana kos ke satu tempat ke satu tempat dikira per-bot, bukan per-individu.
  7. Santuari Kelah
    Terletak di Satuari Kelah Lubok Kejor, Sungai Petang. Anda boleh menaiki bot dari Pengkalan Gawi berjarak 16km yang mengambil masa sekitar 30-40 minit dan kemudian perlu naik dan turun berpuluh anak tangga. Tapi ada bonus awal, anda boleh merasa lalu di jambatan gantung yang cukup best.
    Bila sampai saja di Kelah Sanctuary, anda diberi masa hanya 30 minit untuk masuk ke dalam sungai dan memberi ikan kelah makan. Ini pengalaman paling seronok. Sebab bila anda bagi ikan makan, semua ikan datang kerumuni anda
  8. Taman Herba
    Taman Herba KenyirTaman Herba Tasik Kenyir terletak di Pulau Sah Kecil, kira-kira 10 minit dari Jeti Pengkalan Gawi. Terdapat lebih daripada 200 jenis pokok herba tradisional di sini. Antaranya ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Tongkat Haji Samad, Misai Kucing, Mas Cotek dan lain-lain.
    Pengunjung juga boleh melihat pelbagai jenis tumbuhan herba yang terapeutik dan terkenal dengan fungsinya dalam tujuan perubatan tradisional. Maklumat terperinci mengenai herba disediakan oleh Pusat Interpretasi dan sebuah Arboretum bagi menyimpan semua spesis herba di taman. Selain itu juga, pengunjung boleh menikmati hidangan minuman herba Tongkat Ali, Kacip Fatimah atau Mahkota Dewa yang terkenal dengan nutrisinya yang berkhasiat.
  9. Kenyir Water Park
    Kenyir Water Park di Terengganu lokasi mandi manda yang hebat untuk mandi-manda. Tempat ini terletak di Pulau Poh di mana pengunjung perlu menaiki bot selama 10 higga 15 mint dari jeti Pengkalan Gawi.
    Taman tema air ini sangat unik kerana disampung mempunyai kolam air di darat, pengujung dewasa boleh menikmati aktiviti yang mencabar dengan permainan-permainan air ditengah tasik. 
  10. Kenyir Splash
    7Antara tempat yang baru sahaja dibuka sementara Kenyir Water Park masih dibaikpulih. Tempat ni terletak hanya di Dataran Gawi tau. Bukan tempat sama di Kenyir Water Park.
    Kenyir Splash menyediakan permainan air untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun dan ke atas dan juga aktiviti di Tasik utk orang dewasa. Tempat ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang kecuali ditutup pada hari Selasa. Bayaran masuk hanyalah RM5 seorang.
  11. Santuari Gajah
    Pasted Image 0Merupakan sebuah pusat konservasi gajah yang baru dibuka pada tahun 2012. Di sini pengunjung boleh melihat telatah gajah-gajah yang terlatih dan jinak beraksi. Disamping itu juga pengunjung berpeluang untuk merasai memberi makan dan memandikan gajah dengan sendiri.
  12. Taman Rama-Rama 
    Taman rama-rama terletak di Pulau Lubuk Geras, kira-kira 5 minit dari Jeti Pengkalan Gawi. Pulau ini diabdikan sebagai sebuah tempat perlindungan kepada beribu-ribu spesis rama-rama yang dipelihara. Dipenuhi dengan lebih daripada 100 jenis bunga-bungaan dan pokok-pokok renek, Taman Rama-rama adalah lokasi ideal buat pengunjung yang gemar berfoto.
    Taman Rama-rama ini juga menjadi tempat pembiakan bagi sesetengah spesis rama-rama yang unik dan jarang ditemui sperti Rajah Brooks dan Golden Birdwings. Di sini, terdapat sebuah muzium interaktif dan penuh informasi mengenai rama-rama dan pastinya mampu menarik minat pengunjung-pengunjung cilik untuk belajar dan mendapatkan maklumat mengenai serangga yang berwana-warni ini.
  13. Taman Orkid
    Lokasinya terletak kira-kira 20 minit dari Jeti Pengkalan Gawi. Taman Orkid mengandungi hampir 3,000 spesies orkid dibesarkan dalam persekitaran semula jadi mereka dan landskap berwarna-warni. Terdapat zon untuk orkid hibrid, orkid dari negara-negara ASEAN dan orkid liar banyak terdapat di Tasik Kenyir. Dinamakan sebagai taman orkid termasuk taman, pemuliharaan dan hab penyelidikan serta daya tarikan kepada pelancong dan peminat orkid.
  14. Gua Bewah
    Nak ke sini memang penat. Sebab nak sampai ke gua perlu daki 99 anak tangga. Kalau korang nak tahu sebenarnya ada banyak kelawar di Gua Bewah jadi anda boleh memakai penutup hidup sebagai persediaan memasuki Gua Bewah. Berjalan memasuki Gua Bewah sidikit mudah kerana adanya anak-anak tangga dan pengcahayaan dari lampu solar.
    Seperti biasa, anda mungkin akan dapat melihat haiwan lain di dalamnya seperti ular putih. Ini gua bersejarah di mana para pengkaji arkeologi menemui barangan purba lalu menunjukkan adanya penempatan di sini suatu ketika dulu.
  15. Gua Taat
    Gua Taat terkenal dengan rahsianya pada masa lalu. Tempat ini juga popular dengan kepelbagaian bentuk dan saiz stalaktit dan stalagmitnya yang kelihatan seperti marmar yang terukir indah dan diibaratkan sebagai galeri seni yang diukir dengan penuh kesenian oleh alam semulajadi.
    Pelancong boleh ke Gua Taat dengan menaiki bot dari Jeti Pengkalan Gawi yang memakan masa lebih kurang 2 jam. Apabila paras air meningkat, Gua Taat juga akan tenggelam dan tidak boleh dilawati. Pelancong juga boleh mencungkil rahsia misteri gua dan menikmati keajaiban alam semulajadi di Gua Taat.
  16. Gunung Gagau
    Antara aktiviti menarik di Tasik Kenyir adalah mendaki Gunung Gagau. Gunung Gagau dengan tinggi lebih kurang 4,514 kaki dari paras laut sangat sesuai untuk anda. Bagi yang suka hiking, perkara pertama yang anda perlu lakukan ialan anda perlu dapatkan kebenaran dari pihak berkuasa Taman Negara dahulu. Kemudian dapatkan jurupandu khas dari pihak mereka. Kalau 2 perkara ini sudah lulus, maka pastinya aktiviti ini menjadi aktiviti sangat menarik untuk anda. Nampak seperti menyusahkan tetapi percayalah 2 langkah ini sangat penting bagi menjamin keselamatan anda dan rakan-rakan. Jadi, ikut sahaja syarat yang diberikan insyaAllah selamat.
  17. Taman Burung
    Jarak perjalanan kira-kira 15 minit dari Jeti Pengkalan Gawi untuk sampai di Pulau Terengganu Mati, terdapat Taman Burung tropika yang merupakan habitat kepada 153 pelbagai jenis burung dan 17 spesis daripadanya terbang dengan bebas. Selebihnya ditempatkan di dalam kawasan besar yang berpagar dan menyerupai persekitaran semulajadi burung yang mampu memberi ruang kepada pengunjung untuk mengenal dan melihat burung-burung dengan lebih dekat.
    Taman burung ini bertujuan memastikan pemeliharaan ekosistem semulajadi hutan hujan tropika bagi mengimbangi keperluan alam sekitar flora dan fauna.
  18. Taman Tropika
    Taman Tropika terletak di dua pulau iaitu Pulau Tekak Besar dan Pulau Sungai Tekak. Taman ini adalah sebuah pusat eko-pelancongan, penyelidikan dan pembangunan untuk pelbagai jenis buah-buahan termasuklah buah-buahan tropika, buah-buahan eksotik dan juga buah-buahan tempatan yang hampir pupus di Malaysia.
    Taman ini dikategorikan kepada beberapa buah zon yang berbeza mengikut fungsi dan kegunaan tumbuh-tumbuhan. Setiap zon menyediakan informasi yang berguna kepada para pengunjung untuk mengetahui dan mempelajari cara-cara yang betul untuk memetik buah-buahan dan pengunjung juga berpeluang untuk menikmati lebih daripada 100 jenis buah-buahan ketika musimnya.

 

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #air terjun #berkhayak #berkhemah #Houseboat #kelah #kelisa #Tasik Kenyir #Terengganu #toman #Visit Malaysia #waterpark

Biodata Suhaimi Saad, Artis Nasyid Malaysia, Legend Nasyid
Biodata Nama Penuh : Suhaimi Bin Haji Saad Nama Popular : Suhaimi Saad

Leave a reply "Tasik Kenyir : Aktiviti Menarik Yang Popular Dilakukan"