Tahallul / bercukur ; Maksud, Perkara Sunat Dan Cara Tahallul Atau Bercukur/gunting

223141 832997931499779590

Maksud Tahallul

Tahallul bermaksud melepaskan diri dari larangan ihram menurut cara yang ditetapkan untuk umrah. Bagi umrah seseorang itu boleh bertahallul setelah selesai melaksanakan dengan sempurna semua kerja-kerja rukun yang lain iaitu niat, tawaf dan Sai’e.

Apabila sudah mengetahui maksud Tahallul (bercukur/gunting), mari lihat syarat Tahallul.

Syarat Tahallul

Menggunakan sekurang-kurangnya tiga helai rambut (bukan bulu) dengan cara gunting atau dengan cara–cara lain. Tetapi adalah afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya sahaja.

Bagi jemaah wanita pula:

  • yang berambut panjang boleh memotong mana-mana bahagian rambutnya untuk tahallul asalkan tidak kurang dari tiga helai.
  • Suami boleh menggunting rambut isterinya sebelum menggunting rambutnya sendiri selepas kedua-duanya selesai Sai’e umrah. Tetapi sebaik-baiknya suami menggunting rambutnya dulu.
  • Perempuan haid boleh bertahallul dan rambut yang dipotong dimasukkan saja ke dalam bekas yang disediakan.

Bagi jemaah Haji, waktu bergunting atau bercukur adalah dengan berlalunya separuh malam 10 Zulhijjah. Biasanya jemaah akan menunaikan ibadat bergunting setelah selesai melontar jamratul Kubra di Mina.

Bagaimana pula dengan perkara Sunat Ketika Tahallul?

Perkara Sunat Ketika Tahallul

  1. Bagi kaum lelaki, adalah afdal bercukur kesemua rambut.
  2. Bagi kaum wanita, memadailah bergunting tiga helai seruas jari.
  3. Bagi mereka yang tidak mempunyai rambut, adalah sunat melalukan mata pisau di atas kepala.
  4. Mulakan cukuran atau guntingan dari sebelah kanan ke sebelah kiri dengan mengadap kiblat, diiringi dengan bacaan doa semasa bercukur sambil memegang rambut di kepala.

Carian Berkaitan
maksud bercukur

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #bercukur #bergunting #sunat ketika bertahallul #syarat tahallul #tahallul #umrah

Solat Jemaah ; Kedudukan Seorang Makmum Wanita
SOALAN: Assalamualaikum ustaz. jika tidak mengganggu saya mohon penjelasan ustaz tentang posisi seorang
Doa Munajat Ramadhan : Versi Rumi
Doa Munajat Ramadhan Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat.
Adab Sambut Hari Raya Yang Mudah Di Ikuti
Hari Raya adalah hari kegembiraan dan hari kemenangan kepada seluruh ummat Islam kerana
4 Sifat Menghalang Ibadah Diterima Allah ; Ujub, Riak, Takabur, Sum’ah
Berhati-hati duhai sahabatku dalam kehidupan ini. Ramai manusia yang mengerjakan ibadah, namun dicampakkan

Leave a reply "Tahallul / bercukur ; Maksud, Perkara Sunat Dan Cara Tahallul Atau Bercukur/gunting"