Nasihat Luqman Al-Hakim Yang Bijaksana Kepada Puteranya
On
Menurut Ibnu Kathir, Luqman Al-Hakim adalah seorang hamba yang soleh, kuat beribadat, mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa dan sangat suka berkongsi nasihat sehinggakan terdapat sebuah surah yang khusus di dalam Al-Quran yang menceritakan tentang kisah beliau beserta nasihat yang disampaikan kepada anaknya. Beliau digelar Al-Hakim kerana kata-kata hikmah beliau dan kisahnya menjadi teladan kepada manusia.