Statistik Gelandangan di Malaysia Semakin Meningkat

Jikjik

Semakin hari semakin bertambah jumlah gelandangan di Malaysia. Berdasarkan data kajian, termasuk kajian cerapan yang di­lakukan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Ban­daraya Kuala Lumpur(DBKL) pada 2016 dan 2017, jumlah sebenar gelandangan di pusat bandar adalah di bawah 1,500 orang.

Seramai 1,376 orang penghuni Pusat Transit Gelandangan yang terdiri daripada kaum lelaki sahaja, mendaftar keluar pusat tersebut telah mendapat pekerjaan, tempat tinggal atau kembali ke pangkuan keluar­ga.

Di Anjung Singgah, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) , lebih kurang 80 katil disediakan untuk wanita dan anak-anak gelandangan. Menurut pemberita daripada astro awani, seramai 1,188 orang gelandangan yang berdaftar pada tahun 2016 telah mendapat pekerjaan dan keluar daripada pusat gelandangan tersebut.

Menurut therakyatpost.com, seramai 1,500 – 2,000 orang gelandangan berada di sekitar Kuala Lumpur pada tahun 2015. Mereka mendapat bantuan juga di Kabin Medan Tuanku dibawah kelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Jika kita melihat daripada artikel-artikel berkaitan gelandangan, sememangnya menjadi kerunsingan kerana jumlah semakin meningkat. Walaupun pihak kerajaan telah membuat pelbagai usaha untuk menangani isu ini, kita juga sebagai individu dan masyarakat harus mempunyai rasa tanggungjawab untuk membantu mereka kerana Rasulullah s.a.w. amat mengasihi faqir miskin dan anak yatim.

#HelpingTheHomeless

 

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Statistik Gelandangan di Malaysia Semakin Meningkat"