SOALAN :
Bilakah waktu harus berpuasa pada hari Syak atau pertengahan akhir bulan Syabaan? JAWAPAN Harus berpuasa pada kedua-dua hari tersebut pada tiga waktu berikut
i. Sekiranya puasa itu wajib seperti puasa qadha’, puasa kaffarah atau puasa nazar
ii. Sekiranya seseorang itu biasa mengamalkan puasa sunat (sudah menjadi rutin) seperti puasa hari Isnin dan Khamis
iii. Sekiranya bersambung pertengahan akhir bulan Sya’ban dengan sebelumnya
Seseorang berpuasa pada hari ke-15, oleh itu dia harus berpuasa selepas pertengahan hari akhir bulan Sya’ban iaitu hari ke 16. Dia boleh berpuasa pada hari ke-17 pula (selepas sambung dari 15hb dan 16hb) dan begitulah seterusnya dalam keadaan bersambung.
Tetapi, jika dia berbuka puasa satu hari, haram ke atasnya berpuasa baki hari-hari bulan Sya’ban. Contohnya, dia sudah berpuasa 15hb, 16hb dan 17hb, 18hb tidak berpuasa, maka haram memulakan balik pada 19hb Syaaban.
Rujukan
Ustaz Angah Sunan : Pengarang Kitab Kupasan Mudah Fiqh PUASA & IKTIKAF
Tags: #Fiqh Puasa #Hukum Hakam Puasa #Soal Jawab : Waktu Harus Berpuasa Pada Hari Syak Atau Pertengahan Akhir Bulan Syaaban