Simbol Amaran Kereta Yang Pemandu Wajib Tahu

Ftrimgsimbolkereta 834x600

Maksud Disebalik Simbol Amaran Kenderaan

1. Lampu amaran brek tangan

22154657 2053903758174988 6709200389370963372 N

Kebiasaan untuk simbol lampu ini adalah kerana anda sedang menggunakan handbrake, ataupun handbrake sedang aktif, selain itu untuk masalah yang jarang di hadapi adalah ianya menandakan bahawa terdapat masalah pada sistem brek, ABS ataupun cecair brake berkekurangan ( Low brake fluid ).

2. Lampu amaran suhu enjin

22195354 2053904028174961 417506796840442477 N

Simbol tersebut menunjukkan ianya adalah bertujuan untuk mengukur suhu temperature pada bahagian coolant enjin kenderaan. Apabila tolok meter naik sehingga paras merah, ianya bermaksud air coolant di dalam radiator anda berada pada tahap yang kurang, kebocoran radiator ataupun masalah pada penutup kepala gasket. Jika ini terjadi segera berhentikan kenderaan dan buka bonet kemudian biarkan sehingga suhu panas berkekurangan seterusnya setelah sejuk, periksa radiator lihat paras air dan juga bawah radiator, sama ada terdapat kebocoran.

3. Lampu periksa cecair penyejuk

22195385 2053904288174935 5302009461518486374 N

Ianya bermaksud cecair penyejuk coolant di dalam radiator anda berada dalam tahap yang rendah, seperti yang sebelumnya, simbol ini menandakan bahawa radiator anda mengandungi cecair coolant / penyejuk yang rendah sila periksa dan tambah cecair penyejuk / coolant sebelum menggunakan kenderaan.

4. Lampu amaran aras minyak enjin22090005 2053904428174921 3207999744348630661 N

Simbol berlampu yang bermaksud minyak enjin, sekiranya semasa memandu dan lampu merah pada simbol ini bernyala, ianya bermaksud enjin anda kekurangan minyak hitam / minyak enjin, top up dengan minyak enjin yang baru sebelum meneruskan perjalanan.

5. Lampu amaran sistem bateri kenderaan

22154493 2053904778174886 6118916810454328100 N

Indicator yang bermaksud bateri kenderaan anda. Sekiranya ia terus bernyala selepas menghidupkan enjin kenderaan dan semasa mula berjalan, ianya bermaksud ada masalah pada alternator, sambungan bateri, Masalah Kabel, Power Steering ataupun kemungkinan masalah pada cooler pump enjin anda.

6. Beg udara SRS22196458 2053904974841533 5212828061496837763 N

Simbol yang bermaksud Beg Udara SRS. kebiasaannya lampu akan switch off sekiranya anda selesai memasang kerusi kanak-kanak, jika masih bernyala, kemungkinan ianya mengesan kerosakan dan perlu diganti sekiranya perlu. TPMS secara manual.

7. Lampu amaran minyak brek22050233 2053905288174835 5604601975731338676 N

Ianya bermaksud bahawa cecair untuk brek anda berada di dalam tahap yang rendah, periksa tahap cecair kerana ianya akan berkekurangan apabila brakepads habis. Sekiranya simbol ini bernyala bermakna ianya menandakan masalah kekurangan cecair sudahpun berlaku, sila rujuk pada bengkel kenderaan untuk memeriksa masalah yang berlaku.

8. Amaran periksa enjin

22154570 2053905531508144 9034094213947715190 N

Bermaksud enjin anda memerlukan servis oleh kerana di sebabkan pelbagai faktor, berkemungkinan ada masalah di bahagian dalaman enjin yang memerlukan pemeriksaan, antara sebab ianya bernyala berkemungkinan di sebabkan kekurangan kuasa enjin, ataupun elektrikal sensor anda mengalami masalah.

9. Amaran lampu tinggi22154281 2053905814841449 5435734978352812193 N

Sinar terang umpama berlian berkilau ini adalah simbol untuk lampu tinggi, ianya akan menyala sekiranya anda menggunakan lampu tinggi, apa yang penting anda perlu tahu bila untuk gunakannya. Biar kena pada tempat.

10. Amaran lampu kabus22195483 2053905994841431 5026956632846078031 N

Simbol tersebut bermaksud lampu kebus di hadapan dan juga di belakang, ianya amat berguna khususnya di dalam persekitaran pemanduan yang berkabus, hujan lebat dan juga dalam keadaan yang tidak jelas, cahayanya yang terang juga boleh memastikan pemandu lain dapat menyedari kehadiran anda, dan dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini boleh berlaku.

11. Lampu amaran kawalan penstabil kenderaan22089512 2053906244841406 740442375601860742 N

Ianya bermaksud TCS anda berada didalam mod pilihan Off – Tidak aktif. TCS bermaksud Traction Control System, iaitu sistem yang mengawal tayar anda daripada tergelincir dan juga memastikan cengkaman tayar pada permukaan jalan. Amat sesuai di dalam keadaan jalan basah dan licin terutamanya ketika hujan lebat, amatlah tidak di galakkan untuk sistem TCS ini dalam pilihan OFF ketika di dalam pemanduan pada jalan yang basah atau licin

 


Carian Berkaitan
Nak tahu lampu isyarat pd meter honda city

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Belajar Maksud Disebalik Simbol Amaran Kenderaan #Lesen L #Lesen P #Pemandu #Simbol Amaran

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Simbol Amaran Kereta Yang Pemandu Wajib Tahu"