Sifat Pemaaf Rasulullah S.A.W

Photo6138932670869121118

Tsumamah bin Atssal r.a merupakan salah seorang pemimpin Al Yamamah, ketika memeluk Islam beliau menceritakan perihal dirinya di hadapan Rasulullah s.a.w dengan katanya:

” Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang selayaknya disembah melainkan Allah dan aku bersaksi juga bahawa Muhammad itu Rasulullah…Wahai Muhammad! Sesungguhnya wajah mu sebelum ini merupakan wajah yang paling daku benci namun kini wajah mu adalah wajah yang paling daku cintai. Demi Allah! Tiadalah agama yang paling daku benci melainlan agama mu tetapi kini ia adalah agama yang paling daku cintai. Begitu juga tiadalah negeri yang paling daku benci melainkan negeri mu tetapi kini negeri mu(Madinah) merupakan negeri yang paling daku cintai. Sesungguhnya kuda mu telah menahan ku sedang daku ingin menunaikan umrah, apa pendapat mu”

Rasulullah s.a.w memberikan semangat dan motivasi kepada beliau dan memintanya menunaikan umrah. Apabila beliau sampai ke Mekah, ada seorang lelaki mengatakan kepada beliau “engkau telah menjadi soba’ (jahil-kaum musyrikin akan menggelar mereka yang memeluk Islam dengan gelaran soba’) namun Umamah membantahnya dengan mengatakan: ” Tidak ! Aku tidak menjadi soba’ tetapi aku telah memeluk Islam bersama Muhammad Rasulullah s.a.w.

Demi Allah! Aku bersumpah bahawa tidak akan sampai kepada kamu dari Yamamah walau sebutir gandum sehingga Nabi s.a.w mengarahkannya.”

Tsumamah telah memutuskan hubungan perdagangan dengan musyrikin Mekah, kebiasaannya kaum Quraish membeli keperluan dan menjualkan produk keluaran mereka semuanya ke Yamamah. Tindakan Tsumamah itu telah menyebabkan penduduk Mekah berhadapan dengan risiko kebuluran dan kelaparan.

Download

Menyedari hakikat ini, mereka meminta pertolongan kepada Rasulullah s.a.w agar dapat mengeluarkan mereka dari kemelut tersebut. Belas kasihan dengan apa yang menimpa penduduk Mekah Rasulullah s.a.w telah mengutuskan surat kepada Tsumamah menegahnya dari memutuskan hubungan perdagangan dengan kaum Quraish.

Mereka seolah-olah telah lupa dengan perbuatan mereka dahulu yang telah menghalang makanan dan minuman dari sampai ke perkampungan Abu Talib selama tiga tahun, namun baginda berjiwa besar dengan memaaf dan melupakan kesalahan mereka itu.

Sementara itu, pada tahun ke-7 Hijrah selepas pembukaan Khaibar, telah sampai ke pengetahuan Baginda akan musibah yang menimpa penduduk Mekah pada waktu itu, mereka dilanda kemarau dan kebuluran yang dahsyat. Lalu Rasulullah s.a.w mengirimkan kepada penduduk Mekah gandum yang dibawa oleh Amru bin Umayyah Al Dhamariy. Kiriman tersebut segera dipungut oleh Abu Sufyan semuanya lalu diagihkan kepada fakir miskin Quraish.

Ujar Abu Sufyan r.a sebagai tanda berterima kasih kepada Rasulullah s.a.w:

“Moga Allah mengganjari anak saudara ku dengan sebaik-baik ganjaran sesungguhnya beliau seorang yang sangat menjaga hubungan silaturrahim.”

Tidak berapa lama selepas itu, penduduk Mekah memeluk Islam kerana tertawan dengan akhlak yang ditunjukkan oleh Baginda dan sahabat.

Sementara itu, ketika berada di Hudaibiyah, sekumpulan tenter a musyrikin telah membuat serangan hendap ke atas Rasulullah s.a.w bertujuan untuk membunuh Baginda. Namun serangan itu tidak berjaya dan kesemua mereka berjaya ditangkap, namun Rasulullah s.a.w memutuskan untuk memaafkan mereka.

Setelah peristiwa pembukaan Khaibar, ada seorang perempuan telah meletakkan racun pada makanan, Baginda menjamah sepotong daging untuk disuapkan ke mulut Baginda, namun tiba-tiba Baginda meninggalkannya. Seorang perempuan yahudi telah mengaku meletakkan racun pada makanan tersebut, namun Baginda memaafkan beliau kerana berani mengakui perbuatannya.

51f925402bfcb Imag 2719437b

Meskipun Rasulullah s.a.w telah mengetahui melalui wahyu bahawa Lubaid seorang munafik dari bangsa Yahudi telah menyihirkan Baginda sehingga menyebabkan Baginda jatuh sakit, Baginda juga mengetahui siapa yang mendorong beliau melakukannya, namun Bgainda tiada pernah mengungkit akan jenayah tersebut bahkan Baginda tidak pula mengarahkan beliau dibunuh, apatah lagi mengarahkan Bani Zuraiq satu kabilah Yahudi yang merupakan keturunan Lubaid dihapuskan.

Baginda benar-benar menghayati Firman Allah :

(خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ)
[Surat Al-A’raf 199]

Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).

Para arif bilLA yang menyatu cinta mereka dengan Rasulullah s.a.w juga memiliki akhlak ini, mereka sentiasa mengambil sikap memaafkan agar mereka mendapat kemaafan dari Allah.

Sebagai contoh Mansur Al Hallaj ketika direjam dengan batu, diceritakan bahawa beliau berdoa kepada Allah dengan berkata:

” wahai Tuhanku! Kurniakanlah keampunan kepada mereka yang merejam ku sebelum Engkau mengampuni ku.”

Rujukan : FB Dasuekey Mohamet

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Cara Menggunakan Google Classroom Untuk Murid
Cara Log in Google Classroom untuk murid Gunakan url: portal.moe-dl.edu.my Klik Log Masuk
Latihan Kebakaran Dan Pengosongan Bangunan Di Sekolah – Peraturan Am,Jadual Pelaksanaan
JADUAL PELAKSANAAN LATIHAN KEBAKARAN DAN PENGOSONGAN BANGUNAN Tarikh/Hari Masa Perkara 21.10.2019 (ISNIN) 7.40
Biodata Mimi Lana, Pelakon Drama, Cari Aku Di Syurga
Biodata Nama Penuh : Mimi Rozaiana binti Zainal Abidin Nama Popular : Mimi Lana
Makanan Tak Boleh Dimakan Buat Ibu Berpantang Hamil
Amalan berpantang bagi ibu hamil amat perlu dititikberatkan oleh para suami isteri dan

Leave a reply "Sifat Pemaaf Rasulullah S.A.W"