Kisah Akaun Bank Saidina Uthman Bin Affan Masih Wujud Sehingga Sekarang

Sedekah

Menjelang Bulan Ramadhan yang mulkia ini, saya ingin menulis satu artikel untuk berkongsi tentang kisah Akaun Bank Saidina Uthman Bin Affan yang kini masih lagi aktif sehingga masih ramai yang menerima manfaat daripadanya.

Saidina Uthman Bin Affan adalah salah seorang daripada sahabat Nabi dan Khulafa Ar-Rasyidin. Menerima pendidikan langsung daripada Nabi Muhammad s.a.w sehingga digelar sebagai seorang yang memiliki sifat dermawan kerana banyak bersedekah dan mewaqafkan hartanya.

Diriwayatkan, selepas pihak Muhajirin berhijrah ke Madinah, kota Madinah mengalami musim kemarau yang menyebkan penduduk Madinah dan pihak Muhajirin mengalami masalah untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Salah satu punca bekalan air masih ada pada ketika itu adalah daripada Telaga Rummah yang dimiliki oleh orang yahudi.

Orang Yahudi tersebut telah mengenakan caj yang tinggi kepada para sahabat untuk mendapatkan bekalan air dari telaga tersebut. Keadaan ini menambahkan lagi masalah yang sedang dihadapi.

Prihatin dengan masalah tersebut, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,

“Wahai Sahabatku! Sesiapa sahaja di antara kamu yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membebaskan telaga itu, lalu mendermakannya untuk ummat, maka akan mendapat Syurga Allah”(HR Muslim).

Apabila perkara ini diketahui oleh Saidina Uthman, beliau dengan segera bertindak untuk mendapatkan telaga tersebut bagi mengejar ganjaran yang dijanjikan Nabi Muhammad, iaitu Syurga Allah.

Maka Saidina Uthman berjumpa orang yahudi, pemilik telaga tersebut dan menyatakan hasrat untuk membelinya dengan tawaran harga yang tinggi. Namun, tawaran itu ditolak kerana bimbang sumber pendapatan orang yahudi tersebut terjejas.

Saidina uthman kemudiannya menawarkan untuk membeli separuh pemilikan bke atas telaga tersebut. Pemilik telaga tersebut bersetuju kerana beranggapan dia akan mendapat keuntungan yang lebih jiuka berkongsi dengan Saidina Uthman.

Kedua-duanya bersetuju akan bergilir-gilir ‘memiliki’ telaga tersebut secara berselang hari.

‘Hari ini milik Saidina Uthman, esoknya milik Orang yahudi sehinggalah seterusnya’.

Maka, Saidina Uthman mengumumkan kepada semua penduduk bahawa beliau telah mewakafkan telaga tersebut dan semua orang boleh mengambil air secara percuma pada hari-hari miliknya, dan menasihati penduduk agar mengambil bekalan supaya cukup 2 hari sehingga ke hari gilirannya semula.

Akibatnya, pada hari giliran telaga tersebut milik si Yahudi, tiada orang yang datang mengambil air kerana penduduk boleh mendapatkan air tersebut secara percuma pada hari milikan Saidina Uthman.

Ternyata, sangkaan si Yahudi yang beranggapan bahawa dia bijak dan akan mendapat untung lebih adalah silap sama sekali, walhal Saidina Uthman ternyata lebih bijak.

Oleh kerana tidak dapat lagi menjana pendapatan daripada telaga tersebut, maka si Yahudi menjual keseluruhan pemilikan telaga tersebut kepada Saidina Uthman.31783237 167395180618035 993901886660673536 N

Selepas menjadi milik penuh beliau, Saidina Uthman terus mengumumkan bahawa beliau mewakafkan telaga tersebut dan semua penduduk, tanpa mengira bangsa dan agama, boleh mendapatkan bekalan air daripada telaga tersebut secara percuma.

Maka, telaga tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua orang dan sehingga kini, masih mengeluarkan hasilnya dan tidak kering.

Beberapa tahun berlalu, limpahan air daripada telaga tersebut  telah menyebabkan kawasan di sekitar menjadi subur. Di sekitar telaga tersebut, tumbuh pokok-pokok kurma yang hidup subur dan menghasilkan buah kurma yang berkualiti tinggi.31749431 167395193951367 8697362650469761024 N

Pokok-pokok kurma tersebut terus tumbuh membiak dengan subur dan dipelihara oleh kerajaan-kerajaan yang memerintah sehinggalah sekarang.

Hasil jualan dan keuntungan daripada kurma-kurma tersebut sebahagiannya diinfaqkan kepada orang miskin dan anak-anak yatim, dan sebahagian lagi disimpan dalam akaun bank yang diwujudkan atas nama Saidina Uthman ibn Affan.

Pihak kerajaan Saudi juga menggunakan wang simpanan daripada akaun tersebut untuk membeli tanah berhampiran Masjid Nabawi dan membina sebuah hotel di Madinah. Tanah dan hotel tersebut adalah atas nama Saidina Uthman dan diwakafkan.31755339 167395200618033 5036670674429542400 N

Hasil daripada hotel itu juga diinfaqkan untuk orang miskin dan anak-anak yatim.

Dan sudah semestinya, pahala daripada infaq dan wakaf yang dilakukan ini akan berterusan mengalir kepada Saidina Uthman.

Begitulah kisah akaun bank dan harta Saidina Uthman masih kekal wujud dan berkembang sehingga kini, semuanya adalah hasil sedekah dan wakaf yang beliau lakukan.

Benarlah, bahawa sedekah dan wakaf adalah ‘pelaburan’ yang paling menguntungkan dan tidak akan rugi, malah akan semakin subur dan bertambah hasilnya. Pelaburan yang menguntungkan di dunia dan hasilnya yang amat lumayan di akhirat.

Penutup

Mari bersama ambil iktibar daripada kisah Saidina Uthman ibn Affan ini dengan mencintai dan memperbanyakkan sedekah.

Jika tidak mampu dengan jumlah yang besar, mulakan terlebih dahulu dengan nilaian yang kecil. Moga-moga dapat mencontohi sifat dermawan Saidina Uthman bin Affan dan cuba sedaya upaya memperbaiki kewangan agar dapat memberikan sedekah, infaq dan zakat kepada mereka yang amat memerlukan. kerana disitulah terdapat pintu kecintaan Rasulullah, menghentikan tangisan anak yatim, fakir miskin dan asnaf.

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Dermawan #infaq #Saidina Uthman Bin Affan #Sedekah #Siapa Sangka Akaun Bank Saidina Uthman Bin Affan Masih Wujud Sehingga Sekarang #zakat

Solat Jemaah ; Kedudukan Seorang Makmum Wanita
SOALAN: Assalamualaikum ustaz. jika tidak mengganggu saya mohon penjelasan ustaz tentang posisi seorang
Doa Munajat Ramadhan : Versi Rumi
Doa Munajat Ramadhan Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat.
Adab Sambut Hari Raya Yang Mudah Di Ikuti
Hari Raya adalah hari kegembiraan dan hari kemenangan kepada seluruh ummat Islam kerana
4 Sifat Menghalang Ibadah Diterima Allah ; Ujub, Riak, Takabur, Sum’ah
Berhati-hati duhai sahabatku dalam kehidupan ini. Ramai manusia yang mengerjakan ibadah, namun dicampakkan

Leave a reply "Kisah Akaun Bank Saidina Uthman Bin Affan Masih Wujud Sehingga Sekarang"