Salasilah Bendahara Melaka, Johor Dan Pahang

Kesultanan Melayu Pahang

Keturunan bendahara-bendahara Melayu disebut sebagai berasal dari titisan Demang Lebar Daun, seorang raja Palembang yang bersemayam di sebuah tempat yang bernama Bukit Siguntang. Demang Lebar Daun pula berketurunan Raja Sulan, cucu-cicit Iskandar Zulkarnain , seorang penakluk dunia yang agung di zaman dahulu kala.

Bendahara Melaka yang pertama bernama Tun Perpatih Tulus, muncul dalam zaman pemerintahan Raja Iskandar Shah (1390?-1414M). Dari segi pertalian darah, Bendahara Tun Perpatih Tulus adalah bapa saudara dan mertua kepada Raja Iskandar Shah itu. Raden Bagus menjadi Bendahara Melaka yang kedua diikuti dengan Raden Anum (Sri Amar Diraja), kemudiannya Tun Perpatih Sedang dan seketika, Tun Ali .

Bendahara Melaka yang keenam dan paling terbilang, iaitu Bendahara Paduka Raja Tun Perak muncul di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456M). Tun Perak juga sempat berkhidmat dengan tiga raja Melaka yang seterusnya, iaitu Sultan Mansur Shah (1456-1477M), Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488M) dan Sultan Mahmud Shah (1488-1511M). Bermakna Tun Perak memegang tampuk pentadbiran negeri Melaka selama lebih kurang setengah abad, iaitu hampir setengah usia Kesultanan Melayu Melaka.

Kemunculan seorang putera Pahili dari Kesultanan Delhi yang bernama Amir Badaruddin Khan Shindi Syeikh Matraluddin Zulkarnain Baharshid ibni Nizamul Mulk Akbar Syah atau timangannya Mani Purindan di istana Melaka pada awal abad ke 15M telah membuka lembaran baru dalam sejarah pemerintahan bendahara-bendahara Melaka .

Kesungguhan Ulama Dalam Belajar Agama 1

Baginda bolehlah disebut sebagai ‘patriach’, induk atau bapa kepada semua keturunan bendahara selepas berakhirnya pentadbiran bendahara dari jurai Tun Perak. Melalui puteranya Penghulu Bendahari Seri Nara Diraja Tun Ali lahirlah bendahara-bendahara Melaka dari jurai Mani Purindan bermula dengan Tun Mutahir, iaitu salah seorang Bendahara Melaka yang termasyur.

Seorang putera Aceh yang berasal dari titisan Rasulullah SAW dari Hadhramaut, Yaman, iaitu Sayyid Zainal Abidin telah membuka lembaran baru dalam sejarah keluarga bendahara Johor Lama sebagai pewaris langsung kepada keluarga bendahara Melaka. Sayyid Zainal Abidin telah berkahwin dengan puteri Bendahara Tun Jenal (Tun Jenal adalah putera Tun Seri Lanang) dan melahirkan Maharaja Seri Diraja. Maharaja Seri Diraja pula adalah ayahanda kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid atau Bendahara Padang Saujana (mangkat 1697M), iaitu seorang bendahara Johor Lama yang terbilang .

Tun Habib Abdul Majid inilah ‘patriach’, induk atau bapa kepada raja-raja bagi beberapa kesultanan di Semenanjung Tanah Melayu dari titisan bendahara, antaranya Kesultanan Johor Lama dan Moden, Kesultanan Pahang Moden dan Kesultanan Terengganu . Pada hari ini, keturunan Tun Habib Abdul Majid masih lagi terus bertakhta dalam Kesultanan Johor Moden, Pahang Moden dan Terengganu.

Kesultanan Selangor dan Raja-Raja Riau juga merupakan anak cucu Tun Habib Abdul Majid, tetapi melalui nasab sebelah perempuan, iaitu cucu Tun Habib yang bernama Tengku Mandak . Kesultanan Siak pula mempunyai beberapa raja dari titisan Tun Habib Abdul Majid melalui cucunya Tengku Kamariah.

7104398 1 Orig
Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid adalah induk kepada keluarga bendahara Johor-Pahang (Lama) selepas putusnya zuriat pemerintah dari titisan waris raja-raja Melaka serta sultan-sultan Pahang Moden, Terengganu dan Johor Moden.

Sumber:
Tun Suzana Tun Hj Othman

  • Pengasas Pertubuhan Kesedaran Melayu dan Islam (KEMUDI)
  • Menghasilkan buku seperti Menjejak Warisan Melayu Islam Beraja: Menemukan Kembali Permata Bangsa yang Hilang, Ahlul-Bait (Keluarga) Rasulullah SAW & Ulama Umarak di Alam Melayu, Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang dan Salasilah Tun Habib Abdul Majid Bendahara Padang Saujana.

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Salasilah #sejarah melayu

Doa Munajat Ramadhan : Versi Rumi
Doa Munajat Ramadhan Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat.
Adab Sambut Hari Raya Yang Mudah Di Ikuti
Hari Raya adalah hari kegembiraan dan hari kemenangan kepada seluruh ummat Islam kerana
4 Sifat Menghalang Ibadah Diterima Allah ; Ujub, Riak, Takabur, Sum’ah
Berhati-hati duhai sahabatku dalam kehidupan ini. Ramai manusia yang mengerjakan ibadah, namun dicampakkan
7 Perkara Sebab Amalan Di Tolak Oleh Allah
Sesungguhnya kehidupan seseorang hamba dinilai berdasarkan sejauh mana ingatan seseorang itu kepada Allah.

Leave a reply "Salasilah Bendahara Melaka, Johor Dan Pahang"