Salah Faham Terhadap Perkahwinan Nabi S.A.W Dengan Saiditina Aisyah

Photo6138932670869121118

Di antara tohmahan yang dilemparkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w untuk menimbulkan keraguan terhadap kerasulan Baginda s.a.w ialah perkahwinan Baginda dengan Saidatina Aisyah yang ketika itu berumur 9 tahun.

Mereka menjadikan perkahwinan tersebut sebagai dalil yang menunjukkan bahawa ia adalah didasarkan di atas hawa nafsu.

“Sebenarnya tuduhan ini bertujuan untuk melemahkan keyakinan umat Islam terhadap agamanya dan menghalang orang lain dari memeluknya.”

Justeru jika fitnah ini berjaya dipropagandakan pada keyakinan mereka ia dapat melemah dan menyekat cahaya Islam dari terus tersebar. Sesungguhnya tohmahan ini adalah batil dan tertolak kerana beberapa sebab.

Sebab Tertolak Tohmahan Batil ke atas Perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w Dengan Saiditina Aisyah Yang Didasarkan Dengan Hawa Nafsu

  1. Nabi Muhammad s.a.w bukanlah orang pertama yang meminang Saidatina Aisyah bahkan beliau telahpun dipinang sebelumnya oleh Jabir bin Mut’im. Ini menjadi bukti bahawa Saidatina Aisyah sudah mencapai umur yang layak bagi seorang perempuan berkahwin.
  2. Pinangan terhadap Aisyah bukan dari kehendak Baginda sendiri tetapi hasil dari cadangan yang diberikan oleh Khaulah binti Hakim yang mencadangkan kepada Baginda agar diperkuatkan hubungan silaturrahim antara Baginda dengan sahabatnya yang paling dikasihi iaitu Saidina Abu Bakar r.a. Tambahan pula ketika Khawlah memberikan cadangan kepada Baginda sudah tentu beliau meyakini bahawa Aisyah layak untuk memenuhi kekosongan selepas kewafatan Saidatina Khadijah r.a.
  3. Sebagaimana yang telah sedia dimaklumi dari segi perubatan, umur baligh di negara-negara beriklim panas lebih cepat berbanding dengan negara yang kurang panas suhunya. Umur baligh bagi anak-anak gadis di negeri-negeri tersebut ada kalanya mencapai 8 atau 9 tahun.
  4. Dr Dushney seorang pakar perubatan berbangsa Amerika mengatakan : ” anak-anak gadis kulit putih di Amerika ada kalanya mula datang haid pada umur 7 atau 8 tahun, sementara anak gadis Afrika pula ialah 9 tahun.”
  5. Dari segi perubatan kedatangan haid bermula antara umur 9 hingga 15 tahun dan ia dikenali dengan istilah ”menarche”.
  6. Nabi Muhammad s.a.w berkahwin dengan Saidatina Aisyah r.a ketika itu umurnya 6 atau tujuh tahun dan menggauli beliau ketika berumur 9 tahun.

Persoalannya mengapa Baginda menunggu sampai 3 tahun untuk menggauli Aisyah?

“Ini menunjukkan bahawa Baginda tidak akan sesekali menggauli saidatina Aisyah sedang beliau belum layak untuk digauli.”

Perbuatan berkahwin dengan anak gadis kecil bukan suatu perkara yang aib pada waktu itu, juga pada masa selapasnya, khasnya di negara-negara yang berdiri di atas sistem qabilah.Tiada dalil yang paling jelas bagi membuktikan yang demikian melainkan peristiwa perkahwinan Abdul Mutalib (Datuk Nabi) seorang yang lanjut usia pada waktu itu dengan Haalah yang sebaya dengan isteri anak bongsunya Abdullah iaitu Aminah binti Wahab pada hari disatukan mereka berdua.

Adalah sesuatu yang tidak adil kita menjatuhkan hukuman dengan membandingkan peristiwa terpencil yang berlaku pada zaman, tempat dan keadaan yang berlainan dengan zaman kita ini yang sudah tentu berbeza dengan keadaan sekitar 1400 tahun dahulu. Budaya dan adat resam mereka jauh berlainan dengan zaman ini. Setiap tempat dan bangsa ada adatnya yang tersendiri yang berbeza dari antara satu sama lain.

223141 832997931499779590

Bukankah Kaum Quraisy pada waktu itu terlebih patut mencela Nabi jika perkahwinan Baginda dengan Aisyah adalah suatu perkara yang pelik dan menyalahai norma masyarakat pada waktu itu kerana mereka sangat memusuhi Baginda dan berusaha keras untuk menghapuskan Baginda. Mereka tiada akan membiarkan sebarang peluang yang terhidang untuk menghentam Baginda…Namun dalam hal ini kita tiada menemui bantahan dan cerceaan mereka ke atas perkahwinan tersebut. Ini menunjukkan bahawa ia adalah suatu yang biasa dan menjadi sebahagian dari adat budaya mereka.

Umur Saidatina Aisyah r.a pada ketika itu ialah umur yang sangat sesuai untuk menuntut dan mengkaji ilmu, sedangkan isteri-isteri Nabi s.a.w selain beliau kesemuanya sudah berumur. Sedang di sana banyak urusan-urusan agama yang berkaitan dengan wanita, atau yang berkait antara hubungan lelaki dengan wanita dan ahli keluarganya yang memerlukan ingatan yang baik dan kuat agar ilmu ini dapat disampaikan.

Hakikat ini diperkuatkan oleh perkataan Imam Az Zuhri tentang Aisyah r.a :

لو جمع علم عائشة وعلم جميع النساء لكان علم عائشة أفضل
Jika dihimpunkan ilmu Aisyah dan ilmu sekelian kaum wanita nescaya ilmu Aisyah lebih afdhal.

Moga sedikit penerangan ini dapat merungkai kekusutan dan menjadi asbab terbuka hati mereka yang belum bertemu dengan cahaya Muhammad s.a.w.

saringan dari tulisan Dr Muhammad Abdul Aziz Al Hawari dengan sedikit suntingan. islamway.net

Rujukan :

Ustaz Dasuekey

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Salah Faham Terhadap Perkahwinan Nabi S.A.W Dengan Saiditina Aisyah #Sebab Tertolak Tohmahan Batil ke atas Perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w Dengan Saiditina Aisyah Yang Didasarkan Dengan Hawa Nafsu

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Salah Faham Terhadap Perkahwinan Nabi S.A.W Dengan Saiditina Aisyah"