Rukun Umrah dan Haji ; Tertib

223141 832997931499779590

Maksud Tertib

Tertib bermaksud mengikut aturan/rukun. Para jemaah hendaklah melaksanakan segala Rukun Umrah satu persatu, mengikut tertibnya (aturan).

Selain daripada itu, jemaah juga harus mengetahui apakah maksud Tertib pada kebanyakan Rukun.

Tertib Pada Kebanyakan Rukun

Rukun umrah yang kelima adalah tertib. Manakala rukun haji yang keenam adalah tertib pada kebanyakan rukun. Rukun-rukun haji tersebut hendaklah dikerjakan mengikut urutan dan tertib pada kebanyakan rukun. Begitu juga rukun umrah.

Tertib pada kebanyakan rukun bermaksud tidak sah wuquf kecuali didahului oleh niat ihram haji, tidak sah tawaf kecuali setelah berwuquf dan tidak sah saie kecuali setelah tawaf ifadhah atau tawaf qudum.

Contoh tertib mengikut kebanyakan rukun:

  1. Niat ihram mendahului rukun-rukun yang lain
  2. Wuquf mendahului Tawaf Haji
  3. Saie Haji boleh dikerjakan sebelum Wuquf dan Tawaf Haji bagi yang menunaikan Haji Qiran atau Haji Ifrad
  4. Tawaf dan bercukur/bergunting boleh dilakukan selepas wuquf dan setelah berlaku separuh malam 10 Zulhijjah. Jemaah boleh melakukan mana-mana dahulu.

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #haji #maksud tertib #tertib #tertib poada kebanyakan rukun #umrah

Solat Jemaah ; Kedudukan Seorang Makmum Wanita
SOALAN: Assalamualaikum ustaz. jika tidak mengganggu saya mohon penjelasan ustaz tentang posisi seorang
Doa Munajat Ramadhan : Versi Rumi
Doa Munajat Ramadhan Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat.
Adab Sambut Hari Raya Yang Mudah Di Ikuti
Hari Raya adalah hari kegembiraan dan hari kemenangan kepada seluruh ummat Islam kerana
4 Sifat Menghalang Ibadah Diterima Allah ; Ujub, Riak, Takabur, Sum’ah
Berhati-hati duhai sahabatku dalam kehidupan ini. Ramai manusia yang mengerjakan ibadah, namun dicampakkan

Leave a reply "Rukun Umrah dan Haji ; Tertib"