Pasti ramai yang menggemari karipap. Namun jarang kita menemui karipap yang kekal rangup walaupun sudah sejuk. Jadi, entri kali ni admin nak bocorkan rahsia macam mana nak kekalkan kerangupan karipap sampai terbayang-bayang dalam mimpi.
Resipi Kulit Karipap Rangup
1 kilo tepung gandum blue key
1 cawan minyak
2 sudu majerin
350ml air
2 sudu besar air kapur jernih (ni lah dia ramuan rahsia)
P/S : Bagi menyediakan air kapur, letak air dalam cawan sampai penuh kemudian tunggu sehingga kapur itu mendap ke bawah. Ambil air kapur yang JERNIH sahaja ye!

Ni la rupa air kapur yang jernih
Resipi Inti Karipap
1 kilo kentang dipotong dadu, direbus dan dibuang airnya.
Setengah biji bawang besar dipotong dadu
Sedikit minyak masak
4 sudu besar rempah kari
Sedikit air
8 sudu gula
3 sudu kecil garam
1 sudu kecil perasa
Cara-cara
- Panaskan minyak dan majerin dan curahkan ke atas tepung.
- AWAS! Pastikan guna sudu yang sesuai untuk menggaul, bagi mengelakkan tangan melecur.
- Masukkan air ke dalam adunan dan gaul
- Masukkan 2 sudu air kapur jernih dan uli sehingga sebati
- Setelah siap menguli, masukkan adunan ke dalam plastik dan elakkan daripada angin selama 4 jam
- Kemudian boleh masukkan inti karipap
- Boleh masukkan karipap ke dalam bekas acuan dan kelimkan untuk mengelakkan karipap daripada bocor
- Boleh goreng sehingga garing!
Cara Penyedian Inti Karipap
- Tumis bawang besar bersama sedikit minyak
- Masukkan rempah kari dan sedikit air
- Kemudian masukkan gula, garam dan perasa
- Masukkan kentang dan kacau sehingga kering
SELAMAT MENCUBA!
p/s : Jangan lupa baca bismillah sebelum makan ye!
Kredit : Fb Sofea Hariss Firdaus