Resepi Periuk Noxxa : Rendang Ayam Kampung

MUL 217019 1 788

Cara Masak Rendang Ayam Kampung

Bahan-bahan:

  1. 1.5 kg. daging ayam
  2. 1/2 kilo santan pekat
  3. 150 gram kerisik
  4. 2 batang serai – diketuk
  5. 2 helai daun kunyit – dihiris halus
  6. Beberapa helai daun limau purut
  7. 2 keping asam gelugor
  8. 2 sudu besar gula perang
  9. Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:

  1. 4 senduk nasi cili kering kisar
  2. 3 biji buah keras
  3. 3 biji bawang besar saiz sederhana
  4. 10 gram bawang putih
  5. 20 gram lengkuas
  6. 50 gram kunyit hidup
  7. 20 gram halia muda
  8. 4 batang serai – dihiris
  9. 10 gram cili padi
  10. Air secukupnya

(Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dikisar halus)

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan yang dikisar di dalam periuk dalaman.
  2. Kemudian masukkan ayam dan serai yang dititik.
  3. Masukkan santan pekat.
  4. Kacau rata dengan menggunakan senduk kayu atau senduk plastik.
  5. Tutup periuk dan putar tombol pengawal tekanan ke PRESSURE.
  6. Sentuh fungsi HIGH PRESSURE dan masukkan 8 minit. Sentuh butang ON.
  7. Selepas 8 minit berlalu, putar tombol pengawal tekanan ke STEAM. Tujuannya adalah untuk membebaskan wap dan membolehkan tudung boleh dibuka (sekiranya wap tidak dibebaskan, tudung tidak boleh dibuka). Sentuh butang OFF. Tanggalkan tudung.
  8. Kacau rata. Pada masa ini kondisi ayam telah empuk tetapi masih berkuah. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, asam gelugor, kerisik, gula perang dan garam secukup rasa.
  9. Sentuh STIR-FRY, dan tekan ON. Masak sehingga kuah kering (ikut citarasa masing-masing).
  10. Selepas kuah agak kering, tekan butang OFF

 

Masak resepi menarik seterusnya dengan periuk noxxa.

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #ayam kampung #nasi goreng #nasi lemak #periuk noxxa #rendang ayam #resepi masakan

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Resepi Periuk Noxxa : Rendang Ayam Kampung"