Cara Masak Nasi Arab Mandy Guna Periuk Noxxa
Cara ini menggunakan pc Noxxa. Kalau tak ada pc Noxxa boleh masak dengan rice cooker ye. Tapi rebus dulu ambil air macam buat nasi ayam. Kalau guna pc Noxxa boleh masak terus.
Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam. belah 4 cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsah ( kalau tak de gantikan dengan rempah campuran)
Garam
Sedikit warna kuning/saffron
Cara2nya penyediaan ayam
Gaulkan ayam dengan semua bahan rempah. Kalau nak sedap jangan beli yang serbuk. Elok kita beli yang biji dan mesin halus. Garam dan pewarna kuning.
Nasi
4 cawan beras basmathi di rendam 30 minit, basuh dan toskan.
3 sudu minyak zaitun / minyak sapi. Lebih suka pakai minyak zaitun.
4 cawan 1/2 air. Kalau buat mandy kambing. Kita rebus dulu kambing yabg telah diperap dengan bahan-bahan yang sama dengan perapan ayam dan rebus HIGH PRESSURE 1jam. Ambil air masak nasi.
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia ( semua ini dimesin halus)
1/3 cawan kismis
Rempah tumis -kayu manis. Bunga lawang. Pelaga. Bunga cengkih
Sedikit kunyit/ pewarna kuning
Garam secukup rasa
Cara penyediaan Nasi Mandy Ayam
1. Tumis bahan mesin dan rempah tumis.
2. Masukkan beras dan kacau sedikit.
3. Masukkan air serta garam dan kunyit.
4. Akhirnya susun ayam diatas dan tutup.
5. Tukar tombol ke arah PRESSURE dan tekan HIGH PEESSURE 7 minit dan ON.
6. Selepas selesai 7 minit tunggu lebih kurang 3 minit, tukar tombol kepada STEAM tekan OFF. Dan buka penutup keluarkan ayam perlahan-lahan.
7. Kacau sedikit nasi biar sebati dan boleh lah letak kembali ayam di atas nasi. Jangan lupa keluarkan periuk boleh tanggal dan letak di luar. Takut nanti nasi hangus.
Sos
1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau ( nak pedas ana masukkan cili padi)
1 tangkai ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon
(Semua bahan ini dimesin halus
Masak resepi menarik seterusnya dengan periuk noxxa.
- Nasi Arab : HP7 minit
- Bihun goreng : Stir Fry & steam 4 minit
- Nasi impit : HP 25 minit
- Kacang kuda : Rendam semalaman..HP 10 minit
- Ikan Untuk laksa : HP 75 minit
- Sup tulang : HP 45 minit
- Sup Ayam : HP 10 minit
- Nasi putih : HP 7 minit
- Bubur nasi : HP 20 minit
- Dodol : steam 5 minit
- Bubur kacang hijau : HP 11 minit
- Pulut kuning : HP 3minit + Steam 3 min (santan + garam)
- Popcorn : Hp 1 min
- Kentang : LP3
- Rendang daging : HP 20minit
- Nasi impit nona : HP 30minit
- Rebus telur : 1 minit HP
- Rendang ayam tua : 35minit HP
- Ayam golek : HP 15 minit, steam 5 minit
- Sardin Homemade : HP 90 minit
- Kek coklat moist : 15 minit steam
- Daging batang pinang : 5 minit HP
- Kerang rebus tanpa air : 1 minitHP
- Makaroni : HP 8 minit (Air paras makaroni)
- Nasi Goreng : HP 7 kali tekan
- Nasi Dagang
- Apam Balik
- Cream Caramel
Tags: #nasi arab #nasi arab mandy #noxxa #periuk noxxa #resepi masakan