Rancang Kewangan Yang Baik Bagi Dewasa 20-an

48393315 857294421107497 8678316351707676672 N

Kita semua percaya dan yakin bahawa rezeki itu datang daripada Allah yang bersifat Ar-Razak. Namun, secara syariatnya, kita perlu merancang kewangan dengan baik sebagai asbab Allah ingin turunkan rezeki kepada kita.

Disini, ada beberapa pesanan bagi mereka yang berumur 20-an supaya kewangan stabil dan tidak menyusahkan orang lain di kemudian hari, malah dapat membantu mereka yang kesusahan.

Tips Perancangan Kewangan yang Baik bagi mereka berumur 20-an

  1. Jika tiada akaun Tabung Haji (TH), pergi daftar segera.
    • Jika orang tua dulu, akaun TH amat penting bagi mereka agar dapat laksanakan ibadah wajib iaitu Haji di Makkah.\
    • TH bukan sebuah bank seperti Maybank, CIMB Bank dan lain-lain bank. Jika wang disimpan di dalam TH lebih selamat kerana urusan pengeluaran (withdraw) hanya melalui kaunter sahaja. Jika ada di mesin ATM, hanya sebilangan kecil sahaja.Tabung Haji Theedgemarkets 4
    • Bagi yang lebih advance, mereka membuat caruman bulan/potongan bulanan ke dalam TH sebagai simpanan mereka atau anak-anak.
  2. Jika tiada akaun ASB Loan/ASB Financing, pergi buka.
    • ASB Loan atau ASB Finacing adalah sebuah fasiliti pinjaman palaburan yang disediakan istimewa bagi kaum Bumiputera sahaja.
    • ASB Financing melalui ASb Loan Islamic adalah cara untuk anda ‘force saving’ setiap bulan secara konsisten disamping mendapat hasil simpanan yang lumayan berbanding dengan membuat simpanan dengan cara biasa.
      Logo Amanah Saham Bumiputera ASB
  3. Jika tiada Medical Card (insuran), pergi ambil.
    • Ini penting kerana malang tidak berbau.
    • Jika berlaku musibah, bala bencana atau kematian, perkara itu tidak sia-sia malah membantu anda jika anda kehilangan anggota kekal atau lumpuh separuh badan.
    • Bagi penjawat awam, jangan lupa lepaskan peluang untuk mengambil insuran dengan cuepacs kerana ia adalah keistimewaan yang disediakan khas kepada penjawat awam.
  4. Usahakan ada pendapatan sampingan, buang sifat malu untuk mencari rezeki halal.
    • Jika berniaga, niat dalam perniagaan adalah mengikut Sunnah Rasulullah. Mesti ada rahsia yang Rasulullah ingin tunjukkan apabila berniaga kerana setiap perbuatan Rasulullah adalah tidak ada sia-sia melainkan ingin memberi pengajaran kepada ummatNya.
    • Berniaga niat untuk anak yatim atau fakir miskin. Jika tiada rezeki kita dalam perniagaan, mungkin terselit rezeki anak yatim disitu, maka Allah akan permudahkan urusan perniagaan kita kerana Anak Yatim dan Faqir miskin, Allah janjikan rezeki yang luas kepada mereka.
  5. Belajar menguruskan wang dengan baik.
    • Jika ada kawan yang power dalam kewangan, minta nasihat dan pandangan.
  6. Hutan PTPTN wajib bayar.
    • Berusaha untuk membayar hutang PTPTN agar orang lain dapat mengambil manfaatnya juga sama seperti kita dapat.
  7. Perbanyakkan sedekah.
    • Sedekah adalah amalan yang hebat bagi orang bisnes.
    • Sedekah juga adalah natijah daripada perasaan syukur. Allah dah janjikan dalam Al-Quran, “Sesiapa yang bersyukur atas nikmatKu, akanKu tambahkan lagi nikmat berlipat kali ganda”.
  8. Better elakkan couple
    • couple perlukan duit yang banyak. Lebih baik simpan sahaja modal untuk berkahwin.
    • Boleh cari duit sama-sama nanti. Barulah rumahtangga lagi bermakna.
  9. Cuba sedaya upaya berhenti Merokok
    • Simpan duit beli rokok, gantikan dengan pergi umrah atau modal bisnes lain.Kelebihan Hisap Rokok
  10. Cuba amalkan hidup bersederhana
    • Amalkan gaya hidup tidak melebih dalam berbelanja.
    • Tengok poket sendiri, jangan tengok poket orang sebelah.
    • kadang-kadang nak reward diri, terserahlah. Tapi, masih dalam kemampuan.
  11. Mula simpan duit untuk membayar deposit rumah.
    • Simpan sikit pun tak apa tetapi berterusan.
    • Tanam azam dan kesungguhan, InsyaAllah Allah akan beri pertolongan kepada hambaNya yang bersungguh-sungguh.
  12. Banyakkan masak dirumah dan kurangkan makan di luar
    • Masak walau tak pandai masak. Belajar hidup serba kekurangan supaya tidak riak dan senang di kemudian hari.
  13. Bezakan kehendak dan keperluan
    • Dalam apa-apa situasi, kena tanya hati sama ada ini kehendak atau keperluan.
    • Jika keperluan, lakukan segera.
    • Jika kehendak, elakkan atau tangguhkan dulu.
    • Jika ragu-ragu, baik elakkan dulu kerana ragu-ragu itu lebih kepada bersifat kehendak.

Berdasarkan pengalaman dan perkongsian senior-senior yang berjaya. Moga bermanfaat buat anda..

 

Rujukan :

Azhan.co

Rasydan Bakar

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Biodata Luqman Faiz, Penyanyi Lelaki Popular, Lagu Single Kepuraanmu
Biodata Nama Penuh : Luqman bin Abd Halim Faiz Nama Popular : Luqman
Biodata Andi Bernadee, Penyanyi Lelaki Popular, Lagu Single Donde
Biodata Nama Penuh : Andi Azrul Bin Andi Mapangile Nama Popular : Andi
Biodata Fieya Julia, Penyanyi Wanita Meletop, Single Perasaanku
Biodata Nama Penuh : Nur Syafiyah binti Sejali Nama Popular : Fieya Julia
Biodata Mimi Lana, Pelakon Drama, Cari Aku Di Syurga
Biodata Nama Penuh : Mimi Rozaiana binti Zainal Abidin Nama Popular : Mimi Lana

Leave a reply "Rancang Kewangan Yang Baik Bagi Dewasa 20-an"