Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Buka Mata Murid Dan Guru Bahaya Penyalahgunaan Dadah

Agensi Antidadah Kebangsaan Aadk Logo 05c1f7bd70 Seeklogo.com

Hari ini Pelancaran Perasmian Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur.  Sememangnya semua murid dan guru serta masyarakat di luar sana tahu tentang bahaya dadah.

Kita juga tahu bahawa segala yang dicipta oleh Allah di dunia tidak ada tidak baik, semuanya membuktikan sifat rahmat dan kasih sayang Allah.

Persoalannya, kenapa Allah ciptakan bahan yang khayal seperti dadah, sedangkan dadah itu amat berbahaya pada kita?

Saya cuba menjawab persoalan diatas. Segala ciptaan Allah adalah Rahmat buat kita. Namun, jika terlebih batasnya, maka akan memudaratkan kita. Dadah digunakan untuk menghasilkan ubatan, tapi jika berlebihan, ia akan memudaratkan.

Belia Benci Dadah

Dr zakir naik pernah ditanya oleh non muslim, kenapa Allah ciptakan gula, sedangkan gula boleh menyebabkan penyakit kencing manis, diabetes dan seangkatan dengannya. Jawapannya mudah sahaja untuk anda faham, gula memang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga. Tapi, jika pengambilan secara berlebihan, ia akan memudaratkan.

Seperti juga bahan dalam dadah.

“Ianya suatu bahan yang mengkhayalkan jika diambil secara berlebihan dan tidak kena pada fungsinya yang asal, fungsinya sebenar adalah untuk menenangkan dan mengurangkan kesakitan dalam perubatan. Bukan untuk digunakan sembarangan bagi memuaskan kehendak individu.”

Kesimpulannya, segala ciptaan Allah adalah indah dan penuh rahmat,manusia yang menyebabkan perkara jadi buruk dan manusia juga yang melabelkan baik atau buruk sesuatu perkara. Jadi adakah Allah itu bersifat zalim? Tidak!! Perkara baik atau buruk hakikatnya adalah daripada Allah kerana Allah juga bersifat Yang Maha Memudaratkan (addhaar) yang datang selepas daripada kelemahan sifat makhluk/manusia.

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Pendidikan Pencegahan Dadah #PPDa #Sifat Allah Yang Maha Memudaratkan #Tauhid Sufi

Cara Breed Guppy Mudah Bagi Pemula
Pengenalan Ikan Guppy merupakan ikan hias yang paling popular di Malaysia. Daripada zaman
Biodata Syakirin Husnal, Pengacara Go Shop, Mingguan Wanita
Biodata Nama Penuh : Nur Syakirin Husnal Binti Azhari Nama Popular : Syakirin
Biodata Bella, Make Up Artis Terkenal Malaysia
Biodata Nama Penuh : Nur Nabila Binti Zulyadaini Nama Popular : Bella Umur
Biodata Fakhrul Razi, Penyanyi Filem Upin & Ipin, Keris Siamang Tunggal
Biodata Nama Penuh : Fakhrul Razi Bin Ibrahim Nama Popular : Fakhrul Razi

Leave a reply "Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Buka Mata Murid Dan Guru Bahaya Penyalahgunaan Dadah"