Rata-rata yang bergelar gelandangan adalah disebabkan terpaksa dan bukan pilihan mereka. Mereka terpaksa hidup di jalanan. Makan, tidur, bermain dan berehat adalah di jalanan kerana terdesak dan kemiskinan yang melampau.
Hasil daripada kajian dan temubual di pusat gelandangan sekitar Kuala Lumpur, terdapat beberapa faktor utama yang dinyatakan oleh gelandangan. Antaranya ialah :
- Tiada pekerjaan
- Kurang pendidikan
- Perniagaan Merosot
- Kesempitan Wang
- Pengidap HIV
- Mangsa Keganasan Rumahtangga
Jika kita melihat kepada faktor tersebut, mereka memerlukan sokongan daripada masyarakat setempat untuk membina kehidupan yang lebih baik. Sekarang masa mereka diuji, mungkin di kemudian hari kita pula berada di tempat mereka.
Mari bersama kita menanam simpati terhadap mereka dan menyalurkan bantuan semampunya kerana Rasulullah s.a.w. amat mencintai mereka yang mengasihi orang miskin.
Tags: #gelandangan #helping the homeless #malaysia