Apabila kita berpuasa, kita mestilah mengharapkan puasa hari ini ebih baik daripada sebelumnya. Jadi, perlu kita mengetahui perkara-perkara makhruh jika dikerjakan pada bulan puasa agar puasa yang dibuat sah diterima oleh Allah.
8 Perkara Makhruh Ketika Puasa
- Mengunyah gula getah yang tidak ada perisa dengan syarat tidak bercerai bahagianj dari gula getah itu masuk ke dalam rongga. Sekiranya gula getah bercerai dan masuk dalam rongga, puasa adalah batal.
- Rongga Badan : Mulut, Telinga, Hidung, Qubur dan Dubur.
- Merasai makanan tanpa hajat, tetapi tidak sampai sesuatu pada rongga, adapun jika ada hajat maka tidak makhruh.
- Berbekam iaitu mengeluarkan darah. Perbuatan ini adalah makhruh kerana hendak keluar daripadea khilaf dan ia mengakibatkan kepenatan. Orang yang membekam orang juga makhruh.
- Meluahkan air setelah berbuka puasa iaitu keluarkan air dari mulut. Ini kerana keberkatan puasa telah hilang dari mulutnya.
- Mandi dengan cara menyelam walaupun mandi wajib.
- Bersiwak setelah tergelincir matahari kerana ia menghilangkan bau mulut (busuk mulut orang puasa). Akan tetapi Imam Nawawi berpendapat tidak makhruh.
- Makan terlalu banyak hingga kekenyangan melampau dan banyak tidur adalah tiada bermanfaat dan menghilangkan faedah puasa.
- Memuaskan syahwat yang harus (dengan orang yang halal) melalui hiduan, penglihatan atau pendengaran.
Tags: #Cara Menjaga Kualiti Puasa Ramadhan #Makhruh Dan Haram Puasa #Perkara Makhruh Puasa Yang Ramai Tak Tahu #Puasa #Ramadhan