Peristiwa 13 Mei 1969 Titik Tolak Keharmonian Malaysia

61399939053 295x200

Kami menyeru semua pihak dikalangan kaum dan penganut agama di negara ini mengambil iktibar dari peristiwa hitam 13 Mei 1969 dinegara ini.

Hari ini mengingatkan kita sejarah hitam negara.

Rusuhan antara kaum itu berlaku setelah negara mencapai umur kemerdekaan 12 tahun.

Ketika itu negara baru remaja, bertatih membina pengurusan peninggalan penjajah yang memisahkan kuasa ekonomi antara kaum.

Sesungguhnya banyak analisis punca dan sebab kenapa peristiwa itu tercetus.

Apapun , peristiwa itu tidak boleh dan jangan berulang lagi. Ketajaman kebencian perkauman ketika itu yang sangat mendalam yang dicetus oleh segelintir orang atas nama bangsa telah merebak sehingga menjadi ketegangan nasional.

Sentimen perkauman dipertajamkan sehingga hilang pertimbangan dan masing-masing kaum menceritakan kisah bagaimana hak kaum mesti dipertahankan sehingga titisan darah terakhir.

Benar kata-kata hikmah “dendam balas mata dengan mata akan membutakan seluruh dunia”.

Kini negara berumur 62 tahun dan sudah jauh perjalanannya dibangun dan dimajukan oleh pewaris kemerdekaan.

Tidak mudah mencapai ketahap ini. Kemajuan dalam kemajmukkan yang sangat beragam dinegara ini memerlukan kebijaksanaan luar biasa untuk mengurustadbir negara dalam iklim aman dan damai.

Semua seharusnya memahami dan belajar dari sejarah masa lampau , memahami realiti masakini dan merancang kemajuan masa depan.

Tidak harus ada sentimen perkauman mengatasi rasa cinta kepada tanah air.

Perjuangan atas nama agama, bangsa dan tanah air perlu dipandu oleh pedoman persaudaraan kewatanan, keinsanan dan kebangsaan.

Islam menentang sikap asobiyah yang berupa kefanatikan melampau yang mencetus kebencian terhadap kaum dan agama orang lain. Islam menganjur prinsip kebenaran dan keadilan yang tegas tetapi hikmah yang sangat tinggi menguruskan kesatuan dalam kepelbagaian.

Semboyan kita seharusnya kesejahteraan dan kesaksamaan untuk semua. Mereka yang berhak dibantu hendaklah dibantu.

Perlembagaan yang telah meletakkan kesepakatan dan kontrak sosial tidak harus diganggu gugat. Sensitiviti antara kaum dan agama perlu dihormati.

Mari kita jadikan 13 hb Mei sebagai titik tolak membina semangat saling menerima dan menjalin kehormanian. Saling hidup berukun dan menyemangati ruh persaudaraan yang murni untuk membangun Malaysia baharu yang dibanggakan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM dan TERAS

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Peristiwa 13 Mei 1969 Titik Tolak Keharmonian Malaysia"