Penyusuan Susu Ibu : Kepentingan Permulaan Awal

5 Kandungan Nutrisi Dalam ASI Yang Penting

Susu ibu mengandungi pelbagai khasiat dalam imbangan yang betul mengikut keperluan bayi. Untuk memanfaatkan penyusuan susu ibu, digalakkan memberi penyusuan secara eksklusif sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.

Penyusuan secara eksklusif merupakan langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Ini kerana susu ibu adalah bersih, segar, dan paling sesuai untuk bayi.

Persoalannya, apakah kepentingan permulaan awal penyusuan susu ibu?

Kepentingan Permulaan Awal Penyusuan Susu Ibu

1. Mendapat Kolostrum

Apabila ibu selesai melahirkan anak, hormon badan akan berubah terutamanya pada bahagian payudara. Payudara akan mula menghasilkan susu untuk diberikan kepada bayi.

Susu awal yang keluar adalah dipanggil sebagai Kolostrum. Walaupun jumlahnya agak sedikit, namun khasiatnya tidak dapat menandingi susu yang terbaik didunia.

Kolustrum adalah susu ibu istimewa yang dihasilkan pada beberapa hari pertama selepas kelahiran. Ianya pekat dan berwarna kekuningan atau jernih. Ia mengandungi lebih protein berbanding susu yang dihasilkan kemudian.

2. Kejayaan Penyusuan Susu Ibu

Payudara akan sentiasa menghasilkan selepas sahaja kelahiran. Jika susu tersebut tidak keluar secara semulajadi, ibu dinasihatkan untuk mengurut payudara, meransang puting agar susu boleh disalurkan kepada si bayi.

Pada permulaan penyusuan amat penting kerana kejayaan proses penyusuan susu ibu memberi kesan positif kepada emosi si ibu. Emosi yang stabil akan menghasilkan susu yang lebih banyak.

3. Proses Penyusuan Berjalan Lancar

Susu ibu amat unik dan istimewa. Selain daripada khasiatnya yang terlalu banyak, faktor kesihatan, emosi dan ‘mind set’ ibu haruslah dititikberatkan.

Susu ibu tidak boleh dipaksa, namun ada cara dan petua yang boleh dilakukan agar proses penyusuan berjalan lancar.

Sebagai contoh, keadaan ibu yang terlalu penat dan emosi tidak stabil akan menjejaskan penghasilan susu ibu. ‘Mind Set’ yang negatif akan menyebabkan stress dan seterusnya akan menjejaskan penghasilan susu ibu.

“Yakinlah bahawa rezeki anakmu bukan ditanganmu, malah ia daripada sifat kasih dan pemurah Tuhanmu”.

Teknik Penyusuan Susu Ibu

Kesimpulan

Ibu seharusnya tidak mencari alasan untuk tidak memberikan susu kepada bayi terutama pada awal permulaan kelahiran. Malah mencari penyelesaian dan berdoa agar berjaya meningkatkan perkembangan anak melalui penyusuan ibu.

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #kepentingan permulaan awal penyusuan susu ibu? #penyusuan secara eksklusif #susu ibu

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Penyusuan Susu Ibu : Kepentingan Permulaan Awal"