Penting Kerap Menyusu Bayi Dengan Susu Badan

5 Kandungan Nutrisi Dalam ASI Yang Penting

Susu ibu sememangnya tidak dapat dinafikan akan manfaatnya kepada bayi. Ibu wajib mengzahirkan rasa kesyukuran kerana dihadiahkan susu ibu untuk diberi kepada anak agar mendapat nutrien secukupnya.

Kepentingan Susu Ibu untuk Bayi Yang Ibubapa Perlu Tahu

  1. Susu Ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi. Kajian membuktikan bahawa, tidak ada susu yang terbaik selain daripada susu ibu untuk bayi membesar.
  2. Kehebatan susu ibu adalah kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  3. Susu Ibu yang pertama kali keluar selepas melahirkan anak adalah sangat penting. Susu itu dipanggil sebagai kolostrum (cecair yang berwarna jernih dan pekat, berlendir). Kolostrum amat penting kerana khasiatnya adalah dapat menguatkan sistem imuniti bayi lebih-lebih lagi kepada bayi kelahiran pramatang.
  4. Susu Ibu juga melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, selsema, bronkitis dan radang paru-paru. Susu Ibu tidak ada kesan sampingan lain seperti susu formula. Kegunaan susu formula pada bayi boleh menyebabkan penghasilan kahak yang banyak dan tebal. Bagi bayi yang ada masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi, penyusuan susu ibu adalah cara terbaik merawatnya.
  5. Susu Ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak dan juga mempunyai enzim dan bakteria baik untuk pencernaan bayi.
  6. Susu ibu mempunyai kalori yang cukup untuk perkembangan bayi.

Justeru itu, para ibu harus tahu kepentingan penyusuan kerap susu badan kepada bayi. Suami juga perlu tahu supaya sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada isteri untuk terus menyusu dengan kerap.

Penting Kerap Menyusu Bayi Dengan Susu Badan

  1. Memastikan bayi mendapat susu secukupnya. Antara sebab bayi menangis dan sukar untuk tidur adalah kerana susu tidak mencukupi. Dalam bahasa mudah, bayi dalam kelaparan.
  2. Mengekalkan penghasilan susu sehingga 6 bulan. Para ibu perlu juga belajar tips untuk mengekalkan penghasilan susu seperti mengambil ‘milk booster’, urutan susu dan mewujudkan pattern waktu untuk memerah susu.
  3. Kerap menyusu dapat mengelakkan daripada bengkak payudara. Apabila melahirkan anak, hormon ibu terus akan berubah dan susu akan keluar. Jika susu tersebut tidak dikeluarkan, akan berlaku bengkak payudara sehingga boleh menyebabkan si ibu mengalami demam.
  4. Apabila kerap menyusu, secara tidak langsung dapat meransang pengeluaran susu dengan cepat. Ini dapat mengelakkan daripada anak ‘putus susu’.

Oleh itu, kerap menyusu harus dititikberatkan supaya memberi kebaikan pada anak dan tidak memberi kemudharatan kepada si ibu.

Tips Melakukan Penyusuan Kerap Yang Mudah

  • Ibu haruslah menyusu sekerap mungkin. Sebaiknya atas kemahuan bayi dan tidak mengikut kiraan jam.
  • Bagi ibu yang sememangnya bekerja sendiri atau suri rumah, tidak menjadi masalah kerana boleh menyusu mengikut waktu sendiri. Bagi ibu yang berkerjaya, perlu mencari masa untuk memerah susu agar penghasilan susu sentiasa berterusan.
  • Si Ibu harus mencari dan menggunakan setiap peluang yang ada untuk menyusu.
  • Menyusu pada waktu malam amat berkesan kerana proses penghasilan susu amat banyak pada waktu malam lebih-lebih lagi pada pukul 1 -5 pagi.

 

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Kepentingan Penyusuan Kerap #Penting Kerap Menyusu Bayi Dengan Susu Badan #susu badan #susu ibu

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Penting Kerap Menyusu Bayi Dengan Susu Badan"