Pemergian Adib Penentu Satu Chapter Baru

8FC8BB2C 5AE9 4D3D AAB1 9055B61C21F2

Pemergiannya adalah MAHAR utk memberikan kita CELIK AKAL akan betapa bahayanya sikap ADU-DOMBA antara agama dan kaum.

Peneraju politik adalah dgn kepercayaan dan kepentingan masing-masing. Kita bersangka baik bahawa mereka benar-benar ingin membawa kebaikan kpd rakyat. Adapun niat dalaman mereka yang pelbagai, kita serah sahaja kpd Allah utk mengadili. Syukur ada Hari Pembalasan di Akhirat.

Adapun kita sbg rakyat, perlu lebih banyak belajar utk bertenang, rasional, toleransi sebelum mengambil sebarang tindakan atau membuat sebarang komentar. Pastikan tidak menyentuh perkara yg boleh membakar api sengketa antara kaum dan agama. Semua kaum dan agama adalah terlibat. Ia perlu bersifat komprehensif.

Sifat tenang ini pula, adalah natijah daripada limpahan majlis zikrullah dgn menyebut berulang kali lafzul jalalah, asma’ dan sifat-Nya.

Untuk 2019, diharapkan agar jabatan-jabatan agama seluruh negeri mengadakan majlis zikir kerohanian di bawah bimbingan para Murabbi di semua Masjid dan surau secara berkala. Kita perlukan VAKSIN ZIKRULLAH dalam mendepani segala cabaran yang semakin berselirat di persada tanahair, apatah lagi di pentas antarabangsa.

Halaqah Zikir pengamal tasauf dan tariqat yang haq, perlu memikirkan juga cara supaya semua ummah turut sama diajak dalam ber-ZIKRULLAH.

Hanya ini sahaja lagi yang kita tidak gembleng secara serius.

Secara bidalan saya nukil semula kalam para masyayeikh yg membimbing, “Mana mungkin yang di bumi dapat mentadbir kehidupan kepada kesejahteraan jika tanpa campur tangan langit.”

Yang kalah, tenanglah dalam kekalahan dan perbaiki kelemahan utk pemilihan akan datang.

Yang menang, berlaku jujurlah dalam kemenangan.

Yg kalah dan menang bersifat saling membina negara dalam posisi masing-masing, bukan saling jatuh menjatuh antara kalian. Terpenting, saling mendoakan kebaikan antara satu sama lain dan buat semua rakyat jelata.

Semoga 2018 yg bakal ditinggalkan, diganti dgn 2019 yg lebih bergemerlapan NUR ala NUR.

Solawat dan terus solawat sehingga NUR menyinari QALBU.

Alhamdulillah. Amin.

 

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Pemergian Adib Penentu Satu Chapter Baru"