Pahala Amalan Ahli Ibadah, Orang Syahid Dan Orang Alim Terkumpul Pada Si Kaya Akibat Sedekah

Sedekah

Bersempena kedatangan Bulan Ramadhan ini, saya ingin berkongsi satu kisah yang telah diceritakan oleh guru saya tentang amalan sedekah, infaq dan zakat.

Dikisahkan terdapat empat org yang berebut mahu masuk ke syurga.

  1. Orang abid (ahli ibadah)
  2. Orang syahid
  3. Orang alim
  4. Orang kaya

Sebelum masuk ke syurga, malaikat menahan dan bertanya pada ahli ibadah,

” Wahai Tuan, siapa yang mengajar mu cara ibadah hingga engkau mampu ke syurga, maka menjawabnya,”Guru ku orang alim ini ”

Maka malaikat berkata,” Kalau begitu biarkan guru mu masuk syurga terlebih dahulu daripada kamu”.

Kemudian malaikat bertanya p,ada syuhada (orang syahid) “Wahai tuan, siapakah yang mengajar mu tentang kelebihan jihad dan cara jihad yang benar hingga diri mu mampu ke syurga..?

Maka menjawabnya, “Guru ku orang alim ini”. Maka berkata malaikat,”Kalau begitu biarkan guru mu masuk ke syurga dahulu”.

Maka apabila malaikat mahu bertanya lagi, tiba-tiba si alim berkata

“Duhai malaikat , kalau begitu biarkan anakku si kaya ini ke syurga dahulu, tanpanya aku tidak boleh jadi alim kerana dia yang menanggung perbelanjaan pengajianku hingga aku mampu tenang dalam menuntut ilmu dan menyampaikannya”.

Maka malaikat berkata

“Duhai Tuan si kaya, masuklah ke syurga dahulu”.

Begitulah kisahnya tentang empat orang berebut mahu masuk syurga. Kisah ini menceritakan tentang besarnya peranan infaq kerana dengannya segala pahala orang jihad, ahli ibadah dan orang alim melimpah padanya apabila dia melabur duitnya pada jalan Allah.

Kita tidak perlu menjadi kaya, baru kita boleh mencapainya. Niatkan apa juga pekerjaan atau perniagaan yang kita lakukan, berapa persennya untuk infaq pada jalan Allah khususnya tempat-tempat pendidikan yang mencetak para pendakwah dan mujahid, pada si alim atau murabbi yang tekun berdakwah agar segala pahala tersebut dapat juga padanya.

Ia adalah perlaburan yang amat menguntungkan. Setiap sen yang diniatkan pada jalan Allah tiada akan hilang malah berganda-ganda di dalam simpanan akhirat.

Kesimpulan

Kesimpulannya, marilah kita bersama mendidik hati kita untuk mencitai amalan sedekah terutamanya pada Bulan Ramadhan yang mulia. Amalan sedekah, infaq dan zakat bukan sahaja mendidik hati kita melangkah untuk menyuburkan kecintaan kepada akhirat, malah menghentikan tangisan mereka yang kesusahan.

“Kita menangis atas tikar sejadah agar diampunkan segala dosa, sedangkan jiran disekeliling kita menangis untuk mencari sesuap nasi. Jadi, adakah amal ibadah kita akan diterima oleh Allah?”.

Alfatihah buat guru Walid Al-Malik…

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #infaq #Orang Syahid Dan Orang Alim Terkumpul Pada Si Kaya Akibat Sedekah #Pahala Amalan Ahli Ibadah #power of sedekah #Sedekah #zakat

Doa Munajat Ramadhan : Versi Rumi
Doa Munajat Ramadhan Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat.
Adab Sambut Hari Raya Yang Mudah Di Ikuti
Hari Raya adalah hari kegembiraan dan hari kemenangan kepada seluruh ummat Islam kerana
4 Sifat Menghalang Ibadah Diterima Allah ; Ujub, Riak, Takabur, Sum’ah
Berhati-hati duhai sahabatku dalam kehidupan ini. Ramai manusia yang mengerjakan ibadah, namun dicampakkan
7 Perkara Sebab Amalan Di Tolak Oleh Allah
Sesungguhnya kehidupan seseorang hamba dinilai berdasarkan sejauh mana ingatan seseorang itu kepada Allah.

Leave a reply "Pahala Amalan Ahli Ibadah, Orang Syahid Dan Orang Alim Terkumpul Pada Si Kaya Akibat Sedekah"