Mengetahui Hukum Wajib, Sunat, Makhruh Dan Haram Puasa

Selamat Puasa Ramadhan

Pengenalan

Dalam pembelajaran Fiqh Puasa, terdapat taarif puasa (dari segi bahasa dan syarak), dalil puasa, sejarah puasa, perkara membatalkan puasa dan lain-lain lagi. Menjelang puasa di Bulan Ramadhan, perlu juga mengetahui definisi Ramadhan agar ibadah puasa yang ditunaikan lebih berkualiati.

Pada penulisan ini, akan diceritakan tentang hukum hakam puasa secara mudah dan ringkas bagi kefahaman untuk masyarakat awam.

Hukum Hakam Puasa

Hukum-hukum puasa terbahagi kepada empat hukum:

  1. Wajib
  2. Sunat
  3. Makruh
  4. Haram

Mengetahui Hukum Wajib, Sunat, Makhruh Dan Haram Puasa

1. Wajib : Enam Keadaan Diwajibkan Berpuasa
  • Puasa bulan Ramadhan
  • Puasa qadha’ (ganti)
  • Puasa kerana kaffarah seperti kaffarah zihar atau kaffarah bunuh atau kaffarah bersetubuh di bulan Ramadhan
  • Berpuasa ketika haji dan umrah sebagai ganti penyembelihan untuk bayar fidyah
  • Berpuasa ketika hari Istisqa’(hari meminta hujan) apabila diperintah oleh pemerintah
  • Puasa nazar
2. Sunat : Terbahagi kepada tiga
  • Berulang dengan berulang tahun. Puasa hari ‘Arafah, hari Tasuua’, hari Asyura, hari ke-11 bulan Muharram dan 6 hari bulan Syawwal, puasa di bulan-bulan haram (Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab), puasa 10 hari awal bulan Zulhijjah dan lain-lain.
  • Berulang dengan berulang bulan-bulan. Puasa Hari Putih (13, 14, 15 haribulan Hijrah setiap bulan), Puasa Hari Hitam (28, 29, 30 haribulan Hijrah setiap bulan)
  • Berulang dengan berulang minggu. Hari Isnin dan Khamis. Puasa sunat paling afdhal : Puasa sehari, berbuka sehari (Puasa Nabi Daud a.s)
3. Makruh
  • Puasa hari Jumaat, Sabtu atau Ahad secara bersendirian.
  • Puasa setahun bagi mereka yang bimbang berlaku kemudharatan atau bagi mereka yang khuatir gugur hak sunnat.
4. Haram : Terbahagi kepada 2 jenis

Haram tetapi SAH :

  • Puasa seorang isteri tanpa izin suami (merujuk kepada puasa sunat)
  • Puasa seorang hamba tanpa izin tuannya

Haram serta TIDAK SAH Ada 5 waktu :

  • Puasa hari raya Aidilfitri iaitu hari pertama bulan Syawwal
  • Puasa hari raya Aidiladha (hari ke-10 bulan Zulhijjah)
  • Puasa hari Tasyriq (11, 12, 13 bulan Zulhijjah)
  • Puasa separuh/pertengahan akhir bulan Sya’ban (16, 17, 18 sehingga akhir bulan Sya’ban)
  • Puasa hari Syak iaitu hari ke-30 bulan Sya’ban, jika manusia bercakap-cakap tentang melihat bulan atau penyaksian oleh mereka yang tidak diterima penyaksiannya untuk melihat anak bulan, seperti seorang wanita atau kanak-kanak melihat anak bulan.

Dalam kitab Matlain al Badrain:

“Hari syak adalah hari ke-30 Sya’ban, apabila tiada dilihat bulan pada malam yang ke-30 serta cuaca dan berkhabar-khabar manusia dengan melihatnya dan tiada diketahui seorang yang adil melihatnya atau menyaksi dengan melihat akan dia bilangan yang di tolak syahadahnya seperti beberapa kanak-kanak atau beberapa sahaya atau beberapa orang fasiq”

Rujukan

Ustaz Angah Sunan : Pengarang Kitab Kupasan Mudah Fiqh PUASA & IKTIKAF5455700

 

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Cara Menjaga Kualiti Puasa Ramadhan #Fiqh Puasa #Hukum Hakam Puasa #Makhruh Dan Haram Puasa #Mengetahui Hukum Wajib #Sejarah Puasa #Sunat

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Mengetahui Hukum Wajib, Sunat, Makhruh Dan Haram Puasa"