Makanan Tak Boleh Dimakan Buat Ibu Berpantang Hamil

IMG 20160425 084550 1

Amalan berpantang bagi ibu hamil amat perlu dititikberatkan oleh para suami isteri dan penjaga wanita pantang.

Ini kerana untuk mengelakkan sakit-sakit badan, sakit meroyan dan bermacam lagi. Apatah lagi bagi ibu yang menyusu, perlu menjaga permakanan agar dapat hasilkan susu yang banyak dan tidak mengakibatkan si bayi sakit perut dan sebagainya.

Berpantang juga membantu untuk menyembuhkan luka jahitan. Fikir kesihatan anak dan orang sekeliling. InsyaAllah semangat untuk berpantang akan berterusan sehinggalah bayi membesar dengan baik dan tubuh badan juga dalam keadaan yang stabil.

K1

Makanan Tak Boleh Dimakan Buat Ibu Berpantang Hamil

  1. Jenis Ikan
    • Ikan kembung – gatal
    • Ikan cencaru – tajam
    • Ikan siakap – boleh menyebabkan bentan
    • Ikan sardin – gatal
    • Ikan tongkol – gatal
  2. Semua makanan dalam tin
    • Makanan dalam tin mempunyai kandungan garam yang tinggi, angin dan berbisa.
  3. Sayur kangkung
    • Sayur juga ada yang bersifat sejuk dan angin
      • Timun – sejuk
      • Terung – sejuk dan boleh menyebabkan bentan
      • Nenas – tajam dan boleh menyebabkan bentan
      • Kacang tanah – angin
      • Telur – gatal
  4. Santan
    • Boleh mengakibatkan sejuk badan dan angin.

Info Tambahan

Perkara diatas amat perlu dielakkan oleh ibu bersalin czer kerana boleh menyebabkan luka czer menjadi gatal dan bernanah.

Set Makanan Berpantang 8 1

Jenis Makanan Yang Disyorkan Buat Ibu Berpantang

  1. Ikan
    • Ikan Haruan
    • Ikan selar
    • Ikan gelama
    • Ikan merah
  2. Daging
  3. Sayur
    1. Sayur Sawi
    2. Sayur carrot
    3. Sayur brokoli
  4.  Buah-Buahan
    1. Oren Manis
    2. Kismis
    3. Kurma
    4. Halia
    5. Bawang putih
    6. Lada hitam
    7. Ulam pegaga
  5. Makanan Sunnah
    1. Madu
    2. Habbatussauda’
    3. Susu kambing

Tips Tambahan

Makanan bergoreng elakkan sehingga minggu kedua berpantang, Cotoh ayam goreng dan ikan goreng.

Jenis Masakan Paling Disyorkan

  1. Sup
  2. Bakar
  3. Rebus

Jenis Minuman Disyorkan

  1. Jus oren manis – bagus untuk luka
  2. Air milo panas
  3. Teh dan kopi panas – boleh mula pada minggu kedua berpantang sebab angin
  4. Air rebusan daun sireh dan manjakani dan campur gula batu
  5. Air rebusan kunyit
  6. Air sejuk dan air batu (ais) wajib pantang sampai 100 hari buat ibu berpantang yang bersalin normal Buat ibu bersalin czer wajib pantang sampai 1 tahun .

Info Tambahan

  1. Ibu berpantang disyorkan makan secara kerap tapi dalam portion sederhana .
  2. Elakkan makan nasi sehingga bertambah 2-3 pinggan ya, nanti perut ibu senang buncit dan menggeleber .
  3. Kerapkan minum air , minum air tidak menyebabkan miss v basah atau berair seperti anggapan sesetengah orang. Tapi kalau ibu kurang minum air , anda akan cepat lesu dan pengeluaran susu turut terjejas .

Siakapkeli.my

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #Ibu dan anak #Ibu Hamil #Kesan Buruk Kepada Bayi Yang Tidak Diberi Susu Ibu #Makanan Tak Boleh Dimakan Buat Ibu Berpantang Hamil

Biodata Mimi Lana, Pelakon Drama, Cari Aku Di Syurga
Biodata Nama Penuh : Mimi Rozaiana binti Zainal Abidin Nama Popular : Mimi Lana
Penyusuan Bayi : Tanda Bayi Lapar Atau Ingin Disusukan (Feeding On Cues)?
Proses penyusuan bukanlah semudah yang disangka. Ibu perlu bekalkan ilmu yang cukup agar
Faedah Ibu Dan Anak Bersama Sepanjang Masa Selepas Bersalin (Rooming In)
Selepas daripada bersalin, ibu perlu berehat sebentar akibat daripada keletihan bertarung nyawa dalam
Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu Yang Tak Disangka-sangka
1.Mengecutkan Rahim dan Mengurangkan Pendarahan Golongan wanita dan ibu-ibu yang baru sahaja bersalin

Leave a reply "Makanan Tak Boleh Dimakan Buat Ibu Berpantang Hamil"