Makanan Ikan Arowana Bagi Cepat Besar

Makanan Ikan Arwana

Ikan Arowana perlu diberi makanan dengan baik dan berkualiti agar ikan membesar dengan cepat sehingga memiliki harga yang tinggi di pasaran. Selain itu, warna ikan juga amat mempengaruhi nilai ikan tersebut.

Berikut adalah jenis makanan ikan Arowana yang boleh menjadikan ikan anda cepat besar.

Makanan Ikan Arowana Bagi Cepat Besar

  1. Katak
    • Mungkin sebahagian orang akan merasa jijik ketika mendengar jenis makanan ikan arowana agar cepat sembuh. Tetapi mereka yang benar-benar minat hobi membela ikan arowana cepat membesar, maka akan menghiraukan hal negatif.
    • Katak sangat baik untuk mempercepat pertumbuhan Arowana kerana memiliki kandungan protein dan lemak yang tinggi. Tetapi kita tidak boleh terlalu sering memberikan makanan ini. Cukup memberikan 1 ekor katak dalam sehari.
  2. Anak Ikan
    • Anak ikan juga merupakan makanan ikan arowana yang baik untuk mempercepat pertumbuhan ikan. Ini kerana ikan kecil banyak mengandungi lemak dan kalori yang baik untuk pertumbuhan ikan Arowana.
    • Untuk jenis makanan anak ikan, anda boleh meletakkannya terus ke aquarium supaya Arowana boleh makan sendiri mengikut keinginannya.
  3. Udang
    • Udang merupakan makanan ikan arowana yang tepat untuk mempercepat pertumbuhannya. Selain mempercepat pembesaran, udang juga boleh membuat warna ikan arwana lebih terlihat cantik.
    • Anda boleh memberikan udang untuk ikan arowana dalam keadaan hidup atau mati.
  4. Pallet
    • Pallet merupakan makanan yang diproses menggunakan bahan – bahan tertentu dan dijadikan dalam saiz besar dan kecil.
    • Pallet yang baik akan membuatkan Arowana lebih cepat besar dan memiliki tubuh eklusif. Ini karena pallet tersebut mengandungi banyak protein dan lemak yang baik bagi pertumbuhan ikan anda.
  5. Cengkerik
    • Cengkerik adalah makanan yang baik untuk Arowana anda. Warnanya yang kemerah-merahan boleh mempengaruhi warna Arowana anda.
    • Tapi, harus berhati -hati apabila beri makan cengkerik kepada Arowana yang masih kecil. Dibimbangi boleh melukakan mulut atau perut ikan.
  6. Lipan
    • Banyak khasiat yang terdapat pada lipan. Ada sesetengah pembela Arowana tidak pernah menjalankan proses tanning pada ikan, tetapi kemerahan dan kilat keluar akibat daripada membneri makan lipan.
  7. Ulat Roti
    • Ulat ini mudah didapati di kedai-kedai ikan. Arowana amat gemar memakan ulat. Tapi harus berhati-hati kerana jika terlalu banyak makan ulat, akan menyebabkan berlaku jangkita di mata dan terpaksa melakukan pembedahan untuk menyembuhkannya.

Itu sahaja perkongsian tentang jenis makanan ikan Arowana supaya membesar dengan cepat dan cantik.

Bacaan lanjut : Asas Pengenalan Jenis Arowana atau Kelisa ; Highback, Super Highback, Crossback, Malaysian Golden

Saksikan gelagat Arowana lincah Arowana dibawah :

Arowana Silver Tank RAKUS Makan Udang

Arowana Silver Tank Makan CICAK..!!!

Arowana MAKAN Cengkerik dengan MERIAH..!!

Arowana Tankmate – Most Beautiful Scenery In The House

CHILI RED AROWANA ini mampu mencecah harga RM2000. OMG..!!!

Arowana Community Tank KENDURI IKAN KOI beramai-ramai

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #anak ikan #arowana #cengkerik #katak #lipan #makanan #malaysian golden #pallet #udang #ular

Belajar Kompang Paluan Asli – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Joget – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Belajar Kompang Paluan Zapin – Muzik Tradisional Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
Kompang Paluan Inang – Muzik Tradisonal Melayu
Pengenalan Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia

Leave a reply "Makanan Ikan Arowana Bagi Cepat Besar"