1. Suka Masuk Bilik Orang
Sebenarnya sifat ‘curiosity’ ini bagus tetapi perlu dibimbing sifat itu supaya anak boleh teruskan sifat ‘curiosity’nya tanpa ganggu privasi orang lain.
kredit Berita Kopak
Terutamanya adalah bilik tidur. Bilik tidur adalah privacy suami isteri. Adapun anak sendiri sebenarnya tidak boleh sesuka hati masuk bilik tidur mak ayah, perlu minta keizinan terlebih dahulu. dan Apatah lagi jika anak kita masuki bilik tidur orang lain.
2. Menyampuk Orang Tua Bercakap
Anak yang suka menyampuk ini kebiasaannya suka sangat nak mencari perhatian (entitle for attention) dan sangat susah nak melawan perasaan ditolak (unable to tolerate frustation).
3. Suka Main Kasar
Jangan mengambil ringan jikalau anak kita suka menumbuk atau mencubit kawan-kawannya.
“Tanpa teguran, sifat ini boleh menjadi habit yang kekal dan berterusan sehingga remaja dan dewasa.”
4. Buat Buat Tak Dengar
Ketika ini anak ingin menguji autoriti kita. Mak Ayah yang kurang autoriti akan cepat mengalah dan membiarkan sahaja anak menguasai dirinya. Lama – kelamaan kita akan nampak anak akan menjadi semakin degil dan susah dengar cakap.
5. Anak Terlalu Pemendam
Ada juga anak yang sangat susah nak menangis. Kalau dia sakit ataupun sedih, dia akan ketap bibir supaya tak menangis. Kita kena bagi signal pada otak anak kita bahawa ianya akan okey untuk meluahkan emosi terpendam mereka.
kredit : Teeha Bukan Sekadar Fesyen
kredit Ustaz Abdullah Khairi / Anak Yang Soleh