Larangan Ihram Bagi Lelaki, Wanita Dan Kanak-kanak

223141 832997931499779590

Ihram adalah perkataan yang biasa didengari apabila ingin menunaikan umrah atau haji. Ihram sebenarnya bukan bermaksud pakaian yang dipakai oleh jemaah haji atau umrah.

Justeru itu,  apakah yang dimaksudkan dengan ihram?

Maksud Ihram

Ihram berasal dari perkataan أَحْرَمَ يُحْرِمُ اِحْرَامًا. Dari sudut syara’ pula, Ihram ialah perbuatan mengharamkan beberapa perkara yang asalnya halal, bagi melakukan ibadah-ibadah tertentu.

Contoh :

Ketika memulakan solat kita mengangkat takbir pertama yang dikenali dengan takbiratul ihram : dengan erti kata yang lain kita mengharamkan seketika perkara-perkara seperti bercakap, makan, minum dan sebagainya yang menjadi larangan ketika solat.

Ihram bagi haji dan umrah adalah mengharamkan 13 larangan Ihram baginya.

Jemaah Lelaki

  1. Memakai pakai yang berjahit, bercantum, dan dipakai secara bersarung.
  2. Menutup kepala atau sebahagian dari kepala

Jemaah Wanita

  1. Menutup muka atau sebahagian dari muka

Lelaki Dan Wanita

  1. Memakai sarung tangan
  2. Berwangi wangian
  3. Memakai minyak di kepala, janggut dan jambang
  4. Mencabut, memotong, atau membinasakan bulu-buluan yang ada pada badan
  5. Memotong, mengerat atau membinasakan kuku
  6. Memburu binatang buruan yang halal dimakan
  7. Memotong, mengerat, menebang atau membinasakan tumbuhan di tanah haram
  8.  Berkahwin, mengahwinkan, atau menerima wakil kahwin
  9. Muqaddimah bersetubuh
  10.  Bersetubuh

Apabila mengetahui maksud ihram, larangan sewaktu ihram perlu dititikberatkan juga.

Larangan Ihram Bagi Jemaah Lelaki, Wanita Dan Kanak-kanak

Bermula dengan niat rukun umrah atau haji, jemaah harus berwaspada untuk menjaga larangan-larangan ketika ihram agar tidak dikenakan dam dan dapat tunaikan ibadah dengan sempurna.

Berikut adalah Perkara-Perkara Larangan Ihram :

  • Mengugurkan rambut atau bulu di badan (sama ada dengan cara menggunting, mencukur,menggosok, mencabut, mengesat, menganyah,mengelap dan sebagainya)
  • Memakai minyak rambut pada kepala (dan janggut, bagi lelaki)
  • Menebang, memotong, mencabut atau merosakkan pokok atau tumbuhan di Tanah Haram (sahaja)
  • Berakad nikah sama ada berijab atau qabul untuk diri sendiri atau bertindak bagi pihak orang lain
  • Menggunakan bau-bauan pada badan, pakaian,makanan atau minuman
  • Memakai sarung tangan
  • Mengerat kuku
  • Memburu atau membunuh binatang yang halal dimakan sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal
  • Bercumbuan
  • Melakukan persetubuhan

Selain daripada larangan di atas, ada juga beberapa larangan khusus untuk jemaah lagi dan perempuan.

Larangan Khusus Kepada Jemaah Lelaki

  • memakai pakaian yang bersarung (sama ada berjahit atau pun tidak) yang disarungkan ke badan termasuk seluar dalam, baju dalam, sarung kaki, songkok dan sebagainya
  • memakai kasut yang menutup tumit dan jari kaki.
  • menutup muka menutup kepala atau sebahagian daripadanya

Larangan Ihram Khusus Kepada Jemaah Wanita

  • menutup muka

Jika ada yang membawa kanak-kanak bersama ketika umrah, berikut adalah syarat-syarat ihram bagi kanak-kanak.

Ihram Bagi Kanak-Kanak

  • Kanak-kanak yang sudah baligh yang mengerjakan umrah bertanggungjawab membayar Damnya sendiri jika dia melanggar larangan ihram.
  • Kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak dikenakan apa-apa Dam bagi kesalahan melanggar larangan ihram.
  • Bagi kanak-kanak yang belum baligh tetapi sudah mumayyiz (dapat membezakan antara bersih dan kotor) menjadi tanggungjawab ibubapa atau penjaganya membayar Dam kerana melanggar larangan ihram.

Bagi mudah untuk fahami pantang larang ihram, boleh rujuk gambarajah dibawah.

Pantang Larang Ketika Berihram

Slide2

Putih Melati

Karya melambangkan jiwaku

More Posts - Facebook

Tags: #ihram #maksud #pantang larangan ihram #perkara khusus larangan ihram #umrah

Wafat Siti Khadijah Buat Nabi Muhammad Sedih Pada 11 Ramadhan
Pengenalan Khadijah binti Khuwailid (555 M – 619 M) adalah isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w. Khadijah
Amalan Sunat Di Bulan Ramadhan Yang Mudah Dilakukan
Menjelang Ramadhan, mereka menyibukkan diri dengan amal ibadah kerana Allah janjikan berlipat kali
Cara Mendapat Kasih Sayang Allah mengikut Al-Quran, Surah Al-Furqan:64
Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah teramatlah luas. Jika kamu diberi kefahaman dan dibukakan
Perkara Makhruh Puasa Yang Ramai Tak Tahu
Apabila kita berpuasa, kita mestilah mengharapkan puasa hari ini ebih baik daripada sebelumnya.

Leave a reply "Larangan Ihram Bagi Lelaki, Wanita Dan Kanak-kanak"