Pengenalan
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.
Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik. Ada juga pembuat kompang menggunakan getah xrays kerana lebih jimat dan mudah penyelenggaraanya.
Irama Masri / Padang Pasir
Masri mempunyai asal usul daripada Timur Tengah. Temponya agak laju dan lirik lagu lazimnya mengenai cinta dan tradisi mahupun berunsur keagamaan, seperti memuji kebesaran Allah. Lagu-lagu masri boleh dinyanyikan secara solo atau berpasangan. Jika berpasangan, penyanyi akan menjual-beli pantun yang bersifat mengusik atau mengejek antara satu sama lain.
Penggambaran rentak asas Masri:
Tulisan nota muzik Barat (sekadar pengetahuan sahaja):
Bunyi Kompang Paluan Masri
kredit video : Channel Khairol Anuar (Guru Kompang)
Tags: #kompang #kompang formasi #kompang selawat