Pengenalan
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.
Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik. Ada juga pembuat kompang menggunakan getah xrays kerana lebih jimat dan mudah penyelenggaraanya.
Irama Inang
Muzik inang ini ada kaitannya dengan seorang inang pengasuh, iaitu seorang ketua dayang di dalam istana pada zaman kesultanan Melayu dahulu. Inang pengasuh ini bertanggungjawab atas menjaga puteri di dalam istana. Joget Inang merupakan muzik rancak yang seperti mengikuti lenggang-lenggok perjalanan inang pengasuh ini. Temponya juga laju.
Penggambaran rentak asas inang:
Tulisan nota muzik Barat (sekadar pengetahuan sahaja):
Bunyi Kompang Paluan Inang
kredit video : Channel Khairol Anuar (Guru Kompang)
Tags: #kompang #kompang formasi #kompang selawat