Pada beberapa minggu lepas, kecoh tentang CIMB yang telah mengalami ketirisan dalam akaun simpanan CIMB. Pada hari ini, Maybank pula yang mengalami situasi berikut.
“tak smpai 5 minit 1800 lesap dari account.. nasib baik fon ada kat tangan, dapat msg terus transfer semua duit ke account lain.. tu pun sempat depa rembat RM1800 dalam masa 5 minit.. cepat sungguh depa buat keja..” Si mangsa.
Katanya lagi, “saya tak pernah berurusan dgn company tu.. dah la dari singapore.. DELIVEROO.COM.. sejenis company yg buat food delivery..”
Sejurus selepas itu, si mangsa terus hubungi hotline Maybank dan pibak Maybank telah batalkan debit card si mangsa serta merta.
“Tapi yang tak bestnya duit yang hilang tu pihak MAYBANK tak berani jamin akan dapat balik atau tak.” Tulis si Mangsa di media sosialnya.
Menurutnya, Pihak Maybank beritahu bahawa ‘transaction’ ini dari luar negara iaitu Singapura. so Pihak Maybank memohon bertenang dan mengambil masa lebih kurang 45 hari utk siasatan.
Sumber dari Fb Yatie Ahmad
Pihak Maybank akan memohon pihak ‘merchant’ Singapura buktikan ‘transaction’ yang berlaku daripada siapa dan mohon dipulangkan kembali.
“Tapi, kalau scammer tu mmg ada no kad kita & ada details kita depa mmg takkan pulangkan duit tu.. mudah ja jawapan depa kan??? Kalau dh scammer of course la depa ada detail kita kan??”, kata si mangsa.
“Bila saya google ‘merchant’ ni buat food delivery.. haishh takkan la nak order food dari singapore kot.. gila ka??? tapi mcm sejenis scammer pun ya jugak.. mmg kat fb & kat web bersepah org maki & komplen.. tapi still boleh beroperasi.. mcm mana benda mcm ni boleh terlepas pandang.. makin canggih sistem sekarang makin miskin kita dibuatnya!!!!”, maki si mangsa.
“Lani dah tak selamat nak simpan duit kat mana pon.. so apa yg kita patut buat?? Simpan duit bawah tanah mcm zaman P.Ramlee ka???”
Tujuan sy post benda ni nak share dgn kawan2 apa yg jadi kat sy.. benda baru sgt2 jadi.. so buatla sesuatu sblm duit hampa semua pun hilang jugak..
“Pengguna Maybank dinasihatkan membuat ‘transfer’ duit di akaun lain ataupun debit card limit tu tukar jadi RM0.00.
walaupun amount tu tak banyak bagi setengah org tapi bukan senang nak cari duit banyak tu zaman lani.” Nasihat si mangsa.
Menyeru agar pihak Maybank bertanggungjawab & membuat sesuatu. Pelbagai soalam timbul, Macan mana semudah tu org boleh hack account ?Mcm mana boleh ada ketirisan maklumat smpai org boleh dapat info kad debit kami?